Binomo mengumpulkan pedagang dari lebih daripada 130 buah negara, termasuklah India. Setiap daripada mereka kadangkala memerlukan pertolongan: terlupa kata laluan akaun, memutuskan untuk membatalkan bonus yang diaktifkan, dan lain-lain lagi. Khidmat pelanggan merupakan keutamaan bagi Binomo. Mari kita lihat cara anda boleh hubungi bahagian sokongan.
Sembang atas talian Binomo
Pembantu di alam maya merupakan salah satu cara terpantas dan paling mudah untuk membantu pelanggan Binomo. Sebelum menulis ke bahagian sokongan, tanyakan soalan anda di ruangan sembang. Kami pasti ia akan menjawab banyak pertanyaan yang paling popular. Pembantu alam maya akan membantu anda mempelajari cara untuk mendeposit dan mengeluarkan dana dari platform atau mengesahkan akaun anda, di mana untuk memuat turun aplikasi Binomo, dan banyak lagi.
Cara menghubungi Pembantu Alam Maya jika anda berdagang:
- Pada PC – log masuk ke akaun anda dan tekan pada butang soalan berwarna merah di sudut bawah sebelah kiri;
- Melalui aplikasi Binomo – log masuk ke profil anda dan tekan Chat pada bahagian Help.
Nota! Anda tidak boleh menghantar maklumat peribadi atau apa-apa dokumen melalui ruangan sembang.
Alamat e-mel
Bahagian sokongan adalah kelebihan Binomo. Ia terdiri daripada pakar berpengalaman yang menjawab pertanyaan yang masuk dengan pantas. Tetapi perlu diingatkan bahawa aplikasi tersebut diproses mengikut keutamaan (klien VIP dahulu, kemudian yang lain).
Pelanggan dari India atau negara lain di mana Binomo beroperasi boleh menghubungi bahagian sokongan secara terus. Hanya perlu hantar e-mel kepada support@binomo.com dan tunggu maklum balas mereka.
Hubungi Binomo melalui talian sosial
Selain cara di atas, cara lain untuk menghubungi bahagian sokongan Binomo adalah melalui talian sosial:
Gunakannya untuk mendapatkan berita terkini mengenai Binomo atau hubungi wakil syarikat.
Sokongan di App Store
Sekiranya anda menggunakan peranti Apple untuk berdagang di platform, anda boleh menghubungi bahagian sokongan Binomo di App Store. Namun begitu, cara yang lebih dipercayai dan terpantas adalah dengan menghubungi melalui e-mel rasmi.
Sokongan di Google Play Store
Hubungi bahagian sokongan Binomo di Google Play sekiranya anda menggunakan peranti Android. Seperti di App Store, soalan yang paling penting adalah lebih baik dihantar ke e-mel rasmi Binomo.
Pusat Bantuan Binomo
Binomo menyediakan akses kepada Pusat Bantuan, yang mengandungi jawapan kepada soalan lazim daripada pedagang. Ia direka untuk membantu pendatang baru merasa selesa menggunakan platform dan belajar mengenai asas berdagang.
Nombor Helpline
Binomo dimiliki oleh Dolphin Corp LLC, satu syarikat yang berdaftar dengan ibu pejabatnya yang terletakdi St. Vincent dan Kepulauan Grenadine. Ia mematuhi undang-undang negara tersebut.
Laman web Binomo mengandungi maklumat syarikat dan alamat: Bangunan First St. Vincent Bank Ltd, James Street, Kingstown, St. Vincent dan Kepulauan Grenadine.
Nota! Nombor Telefon Helpline: +18499366003.
Blog Binomo
Binomo juga mempunyai blog rasmi di mana anda boleh mempelajari tentang platform tersebut dan perdagangan secara amnya. Informasi yang diberikan akan membantu anda memahami sprektrum berdagang di platform. Ini sekali lagi menunjukkan keprihatinan Binomo terhadap pelanggannya.
Cara terpantas untuk menghubungi Binomo
Jawapan terpantas kepada pertanyaan popular mengenai kerja Binomo boleh diperolehi melalui ruangan sembang dalam talian atau Pusat Bantuan. Sekiranya isu anda tidak dapat diselesaikan, anda perlu e-mel ke support@binomo.com. Pakar dari bahagian sokongan akan membantu anda menyelesaikannya secepat yang mungkin.












