Deposit dan pengeluaran dana daripada Binomo melalui perbankan internet dan e-dompet di Brazil

binomo brazil internet banking Tutorials

Untuk memulakan perdagangan sebenar di plafom Binomo, langkah pertama ialah untuk membuat deposit minimum. Terdapat banyak kaedah pembayaran yang tersedia di Brazil. Artikel ini akan memberitahu anda cara untuk mendeposit di Binomo dan mengeluarkan dana menggunakan perbankan internet dan e-dompet.

Perbankan Internet

Ramai pedagang yang berminat dengan cara untuk deposit di Binomo. Salah satu pilihan yang mudah untuk dilakukan ialah menerusi Pemindahan Bank. Sekiranya anda merupakan pengguna dari Brazil, untuk menambah dana di akaun perdagangan melalui perbankan internet, anda boleh memilih beberapa kaedah pembayaran, termasuklah Pemindahan Bank, Boleto Rapido, PIX, Bradesco, dan Santander. Mari kita lihat dengan lebih dekat setiap daripada mereka.

Pemindahan Bank

Untuk membiayai akaun perdagangan Binomo anda menggunakan Pemindahan Bank, hanya ikut langkah mudah di bawah:

  1. Tekan pada butang “Deposit” pada sudut kanan sebelah atas skrin.
    binomo deposit adv
  2. Masukkan “Brazil” di ruangan “Negara”.
    brazil deposit binomo
  3. Pilih “Pemindahan Bank” daripada pilihan deposit yang tersedia.
    binomo deposit brazil
  4. Masukkan jumlah untuk tambah. Sila ambil perhatian bahawa minimum deposit hanyalah $10 (atau bersamaan dengan real Brazilian).
    binomo deposit bank card 2
  5. Taip nama anda seperti pada akaun bank pemilik, dan klik “Deposit”.
  6. Pada tetingkap yang terbuka, masukkan CPF anda, terima terma transaksi dan pilih bentuk pembayaran.
    brazil bank transfer
  7. Isikan semua maklumat yang diperlukan, dan tekan “Debit”.
  8. Buat pemindahan daripada mana-mana bank ke akaun pilihan, dan hantar resit deposit. Sila ambil perhatian bahawa akaun bank asal mesti milik CPF yang sama yang dimaklumkan oleh pengguna.
  9. Selepas anda menghantar resit, tekan butang “Deposit Selesai”.

Nota! Anda boleh menjejak status deposit di bahagian “Sejarah Transaksi” Binomo.

Mengeluarkan dana daripada Binomo melalui Pemindahan Bank

Ambil langkah berikut untuk mengeluarkan tunai daripada platform perdagangan ke akaun bank anda.

Untuk pengguna web:

  1. Pilih bahagian “Baki” di kolum sebelah kiri.
  2. Tekan pilihan “Pengeluaran”.
  3. Masukkan jumlah pembayaran dan pilih “Pemindahan Bank” sebagai kaedah pengeluaran anda.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan mengenai akaun bank anda.
  5. Klik “Permintaan Pengeluaran”.

Bagi pengguna aplikasi mobil Binomo:

  1. Pilih bahagian “Baki” daripada kolum sebelah kiri.
  2. Tekan pilihan “Pengeluaran”.
  3. Masukkan jumlah pengeluaran dan pilih “Pemindahan Bank” sebagai kaedah pengeluaran anda.
  4. Isikan maklumat diperlukan tentang akaun bank anda.
  5. Klik “Permintaan Pengeluaran”.

Setelah permintaan anda diluluskan, dana akan dikreditkan ke akaun anda dalam tiga hari bekerja (atau lebih). Masa pengkreditan akhir bergantung kepada penyedia pembayaran.

Itau

Pedagang dari Brazil boleh mendeposit dan mengeluarkan tunai daripada platform perdagangan menggunakan Itau. Baca di bawah untuk mempelajari proses bagaimana untuk mendeposit di Binomo menggunakan akaun Itau langkah demi langkah:

  1. Klik butang “Deposit” pada sudut kanan sebelah atas skrin.
    binomo brazil itau1
  2. Nyatakan Brazil sebagai negara anda, dan klik pada bahagian “Itau” dan “Kaedah Pembayaran”.
    binomo brazil itau2
  3. Nyatakan jumlah deposit, dan tekan butang “Deposit”.
    binomo brazil itau3
  4. Masukkan data peribadi (nama, email, nombor telefon, CEP, CPF), dan klik “Sahkan”.
    binomo brazil itau4
  5. Catat Kunci PIX. Jangan tutup halaman ini lagi, supaya anda boleh menyelesaikan bayaran dengan memuat turun resit.
    binomo brazil itau5
  6. Log masuk ke Itau. Tekan pada menu “PIX”.
    binomo brazil itau6
  7. Klik “Pindah” dan tekan kunci PIX.
  8. Klik “Teruskan”.
    binomo brazil itau7
  9. Semak jumlah deposit dan tekan “Teruskan” lagi.
  10. Pastikan semua maklumat adalah tepat, dan klik “Bayar”.
    binomo brazil itau8
  11. Masukkan jumlah deposit, pilih jenis akaun, dan klik “Teruskan”.
  12. Semak sekiranya semuanya betul dan klik “Sahkan”. Kemudian masukkan kod keselamatan.
  13. Transaksi sudah selesai. Simpan resit.
    binomo brazil itau9
  14. Kembali semula ke langkah lima dan tekan butang “Klik di sini untuk menghantar bukti”.
    binomo brazil itau10
  15. Masukkan maklumat bank dan klik “Muat Naik” untuk tambah resit.
    binomo brazil itau11

Sekarang anda hanya perlu tunggu dana dikreditkan ke platform perdagangan. Sekiranya akaun anda masih belum ditambah nilai dalam masa 24 jam, atau menghadapi masalah lain, tulis kepada pengurus di support@binomo.com.

Pengeluaran dana dari Binomo ke Itau

Anda boleh mengeluarkan pendapatan tambahan ke Itau sekiranya anda sudah mendeposit darinya. Semua yang anda perlu lakukan ialah:

  1. Klik ikon profil anda dan pergi ke bahagian “Juruwang”.
  2. Teruskan ke tab “Pengeluaran Dana”.
  3. Masukkan jumlah yang dikehendaki, dan pilih “Pemindahan Bank”.
  4. Masukkan maklumat akaun Itau anda.
  5. Klik butang “Permintaan Pengeluaran”.

Setelah permintaan anda diluluskan, dana akan dikreditkan ke akaun anda dalam tiga hari bekerja (atau lebih). Masa pengkreditan terakhir bergantung kepada penyedia pembayaran.

Boleto Rapido

Sekiranya anda ingin membiayai akaun anda menggunakan Boleto Rapido, maklumat di bawah akan membantu. Baca untuk mendapat tahu cara untuk mendeposit tunai di Binomo daripada akaun Boleto Rapido:

  1. Pergi ke bahagian “Juruwang” dengan klik butang “Deposit” di sudut kanan sebelah atas.
    deposit loterica1
  2. Pilih Brazil sebagai negara anda dalam senarai juntai bawah.
  3. Pilih Boleto Rapido daripada pilihan deposit yang tersedia bagi negeri anda.
    boleto deposit2
  4. Masukkan jumlah untuk dilabur dan tekan butang “Deposit”.
    boleto deposit3
  5. Isikan nama anda, alamat email, nombor telefon, CPF dan CEP.
  6. Tekan butang “Sahkan”.
    boleto deposit4
  7. Muat turun Boleto dengan klik “Simpan PDF”. Juga, anda boleh imbas kod bar daripada aplikasi perbankan atau salin kod bar tersebut.
    boleto deposit5
  8. Tekan “Pembayaran” selepas log masuk ke akaun bank anda, dan imbas kod bar daripada kamera telefon. Sebagai alternatif, anda boleh klik “Masukkan Nombor” di aplikasi bank anda.
    boleto deposit6
  9. Dalam tetingkap baru, pastikan semua data adalah tepat dan klik “Sahkan”.
  10. Tekan “Seterusnya” selepas memastikan jumlah deposit.
  11. Untuk menamatkan transaksi, klik “Selesai” dan masukkan 4 digit kod pin.
    boleto deposit7

Sekarang anda boleh jejak status pembayaran di bahagian “Sejarah Transaksi”.

Pengeluaran dana ke Boleto Rapido

Untuk mengeluarkan tunai daripada akaun perdagangan Binomo ke Boleto Rapido, anda perlu lakukan beberapa langkah mudah:

  1. Klik ikon profil dan pergi ke bahagian “Juruwang”.
  2. Klik tab “Pengeluaran Dana”.
  3. Nyatakan jumlah yang anda ingin dapatkan dan tekan “Pemindahan Bank”.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan untuk log masuk ke akaun Boleto Rapido anda.
  5. Klik “Permintaan Pemindahan”.

Sekarang anda hanya perlu tunggu dana untuk tiba ke akaun anda. Kebiasaannya ia mengambil masa tidak lebih daripada tiga hari bekerja.

Santander

Sekiranya anda ingin membiayai akaun perdagangan anda menggunakan Santander, hanya ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke bahagian “Juruwang”.
    binomo deposit santander1
  2. Nyatakan Brazil di garisan “Negara” dan cari Santander di antara kaedah pembayaran yang tersedia.
    binomo deposit santander2
  3. Klik butang “Deposit” selepas memasukkan jumlah yang dilaburkan.
    binomo deposit santander3
  4. Klik butang “Sahkan” selepas menyerahkan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, email, CPF dan CEP anda.
    binomo deposit santander4
  5. Setelah Kunci PIX dihasilkan, salinnya.
    binomo deposit santander5

    Nota! Jangan tutup halaman ini. Anda perlu kembali selepas mengisi beberapa maklumat di akaun Santander anda.

  6. Selepas log masuk ke akaun Santander, cari menu “PIX” dan klik “Pindahkan”.
    binomo deposit santandert6
  7. Pilih “Pix dan Pindahkan” daripada bahagian seterusnya, dan pilih “Buat Pemindahan”.
    binomo deposit santander7
  8. Klik butang “Seterusnya” untuk membuat pemindahan bank selepas mengisi maklumat akaun.
    binomo deposit santander8
  9. Proses pembayaran telah selesai. Simpan resit anda dan klik “Simpan PDF”.
    binomo deposit santander9
  10. Telah sampai masanya untuk kembali ke langkah kelima dan pilih pilihan “Klik sini untuk menghantar bukti”.
  11. Nyatakan maklumat bank, dan klik butang “Muat Naik” untuk lampirkan resit anda.
    binomo deposit santander10

Sekarang transaksi sudah selesai. Untuk jejak status deposit anda, pergi ke tab “Sejarah Transaksi” dengan klik butang “Deposit”.

Pengeluaran dana daripada Binomo ke Santander

Menerima dana ke akaun Santander tiada beza daripada proses pengeluaran yang diterangkan sebelum ini. Tapi mari lalui langkah-langkah tersebut semula:

  1. Klik ikon profil dan pilih “Juruwang” atau tekan butang “Deposit”.
  2. Pergi ke tab “Pengeluaran Dana”.
  3. Nyatakan jumlah yang anda ingin terima dan klik “Pemindahan Bank”.
  4. Isikan maklumat akaun Santander anda.
  5. Tekan butang “Permintaan Pengeluaran”.

Dana akan tiba kepada anda dalam beberapa jam sehingga 3 hari bekerja atau lebih.

Bradesco

Bradesco merupakan sektor perbankan swasta terbesar di Brazil. Mari lihat dengan lebih dekat cara untuk melabur di platform Binomo dan mengeluarkan pendapatan tambahan melaluinya.

  1. Klik butang “Deposit”.
    binomo deposit bradesco1
  2. Nyatakan Brazil di garisan “Negara”.
  3. Pilih Bradesco di bahagian seterusnya.
    binomo deposit bradesco2
  4. Pilih jumlah yang anda ingin tambah dan klik “Deposit”.
    binomo deposit bradesco3
  5. Isikan maklumat peribadi (nama penuh, email, nombor telefon, CPF dan bank).
  6. Klik butang “Sahkan”.
    binomo deposit bradesco4
  7. Akan terdapat Kunci PIX di tetingkap baru. Anda perlu simpan atau salinnya.
    binomo deposit bradesco5
  8. Log masuk ke akaun Bradesco anda, pergi ke menu “PIX”, dan klik “Pindahkan”.
    binomo deposit bradesco6
  9. Pilih email dan klik “Sahkan”.
    binomo deposit bradesco7
  10. Masukkan semula alamat daripada langkah kelima dan klik “Sahkan”.
    binomo deposit bradesco8
  11. Nyatakan jumlah deposit, pilih jenis akaun, dan klik “Teruskan”.
    binomo deposit bradesco9
  12. Semak semula sekiranya data adalah tepat, dan klik “Sahkan”.
  13. Masukkan kod keselamatan, dan pembayaran telah selesai.
    binomo deposit bradesco10
  14. Kembali ke langkah kelima dan tekan pilihan “Klik di sini untuk menghantar bukti”.
    binomo deposit bradesco11
  15. Nyatakan maklumat bank dan klik “Muat Naik”.
    binomo deposit bradesco12

Proses telah selesai, dan anda boleh jejak status deposit in tab “Sejarah Transaksi”.

Pengeluaran dana daripada Binomo ke Bradesco

Proses pengeluaran ke Bradesco adalah sama dengan Itau, tapi mari pergi ke titik utama:

  1. Klik butang “Deposit” pada sudut kanan sebelah atas.
  2. Pergi ke bahagian “Pengeluaran Dana”.
  3. Masukkan jumlah pembayaran.
  4. Pilih “Pemindahan Bank” dan isikan maklumat akaun Bradesco anda.
  5. Tekan “Permintaan Pengeluaran”.

Proses pengeluaran telah dilaksanakam, dan dana anda akan berada di akaun Bradesco anda dalam tiga hari bekerja atau lebih. Sekiranya seminggu telah berlalu dan anda masih tidak menerima pembayaran, tulis untuk bantuan.

PIX

Baca di bawah untuk mempelajari proses cara untuk mendeposit di Binomo daripada akaun PIX langkah demi langkah:

  1. Tekan butang “Deposit” di sudut kanan sebelah atas platform.
    binomo deposit pix1
  2. Nyatakan Brazil sebagai negara anda.
  3. Pilih PIX di bahagian “Kaedah Deposit”.
    binomo deposit pix2
  4. Nyatakan jumlah untuk dilabur, dan klik “Deposit”.
    binomo deposit pix3
  5. Isikan maklumat peribadi anda seperti nama penuh, alamat email, CEP, dan CPF.
  6. Klik “Sahkan”.
    binomo deposit pix4
  7. Kod QR akan dijana. Salin atau imbasnya dengan telefon anda.
    binomo deposit pix5
  8. Log masuk ke akaun bank anda dan klik “PIX”.
  9. Tekan “Imbas kod QR” dan imbasnya dengan kamera telefon anda.
    binomo deposit pix6
  10. Semak sekiranya semua maklumat adalah tepat dan klik “Bayar Sekarang”.
    binomo deposit pix7
  11. Masukkan PIN anda untuk mengesahkan deposit.
    binomo deposit pix8
  12. Untuk semak statusnya, anda boleh pergi ke bahagian “Sejarah Transaksi”.

Sekarang anda hanya perlu tunggu dana dikreditkan ke akaun Binomo. Sekiranya ia masih belum ditambah nilai dalam tempoh 24 jam, atau menghadapi masalah lain, hubungi pengurus dengan menulis ke support@binomo.com.

Pengeluaran daripada Binomo ke PIX

Anda boleh mengeluarkan dana ke akaun PIX sekiranya anda telah mendeposit darinya. Anda hnaya perlu lakukan ini:

  1. Klik ikon profil dan lawati bahagian “Juruwang”.
  2. Pergi ke tab “Pengeluaran Dana”.
  3. Taip jumlah yang diinginkan dan klik “Pemindahan Bank”.
  4. Isikan maklumat akaun PIX anda.
  5. Tekan butang “Permintaan Pengeluaran”.

Setelah permintaan anda diluluskan, dana akan dikreditkan ke akaun anda dalam tiga hari bekerja (atau lebih). Walaubagaimanapun, masa pengkreditan terakhir bergantung kepada penyedia pembayaran.

E-dompet

Bersama dengan perbankan internet, platform Binomo menawarkan beberapa pilihan deposit yang lain, termasuklah e-dompet dan dompet kripto. Pedagang Brazil boleh menambah tunai ke akaun mereka dengan menggunakan Picpay, Dompet Jeton, dan Pembayaran Binance. Mari bincangkannya dengan lebih terperinci.

Picpay

Untuk mendeposit dana daripada Picpay dan memulakan perdagangan sebenar di Binomo, ikuti arahan terus terang di bawah:

  1. Di sudut kanan sebelah atas skrin, pilih butang “Deposit”.
    binomo deposit picpay1
  2. Pilih Brazil di kawasan “Negara”.
  3. Pilih “Picpay” di bahagian “E-dompet”.
    binomo deposit picpay2
  4. Klik “Deposit” selepas memasukkan jumlah yang anda ingin depositkan.
    binomo deposit picpay3
  5. Masukkan maklumat peribadi (nama, email, nombor telefon, dan CPF).
    binomo deposit picpay4
  6. Semak jumlah dan tekan butang “Sahkan”.
  7. Kod QR akan kelihatan. Aktifkan aplikasi PicPay anda, pilih “Kod QR” dan imbasnya.
    binomo deposit picpay5
  8. Pilih kaedah pembayaran dan klik “Bayar”.
    binomo deposit picpay6
  9. Masukkan maklumat kad bank, dan tekan “Teruskan” selepas memasukkan kata laluan keselamatan.
    binomo deposit picpay7

Selepas mendebit dana daripada dompet elektronik anda, ianya paling kerap dikreditkan ke akaun Binomo dengan serta merta. Anda boleh semak status pembayaran di bahagian “Sejarah Transaksi” sekiranya ianya tidak.

Dompet Jeton

Untuk membiayai akaun anda menggunakan Dompet Jeton, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Pergi ke bahagian “Juruwang” dengan mengklik pada ikon profil anda.
    binomo deposit jeton1
  2. Nyatakan Brazil di ruangan “Negara”.
  3. Klik “Dompet Jeton” di bahagian “Deposit Dana”.
    binomo deposit jeton2
  4. Nyatakan jumlah untuk ditambah ke Binomo.
  5. Specify the amount for adding to Binomo.
    binomo deposit jeton3
  6. Log masuk ke akaun Jeton menggunakan email dan kata laluan ataupun dengan mengimbas kod QR. Sekiranya anda tidak pernah menggunakan e-dompet sebelum ini, daftar dengan tekan “Daftar di sini”.
    binomo deposit jeton4
  7. Pilih akaun Jeton yang anda ingin deposit dana daripadanya dan tekan butang “Bayar dengan dompet”.

Sekiranya transaksi telah selesai, mesej “Pembayaran berjaya” akan dipapar pada skrin.

Pembayaran Binance

E-dompet popular yang lain bagi pedagang Brazil ialah Pembayaran Binance. Untuk membiayai akaun Binomo anda menerusinya, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Klik “Deposit” untuk pergi ke bahagian “Juruwang”.
    binomo deposit binance pay1
  2. Senaraikan Brazil sebagai negara anda.
  3. Tatal ke bawah ke bahagian “E-dompet” dan pilih Pembayaran Binance.
    binomo deposit binance pay2
  4. Masukkan jumlah dan klik “Deposit”.
    binomo deposit binance pay3
  5. Imbas kod QR pada aplikasi Binomo atau ikut pautan untuk memuat turunnya.
    binomo deposit binance pay4
  6. Semak jumlah dan klik “Log Masuk dan Bayar”.
  7. Log masuk ke akaun Binance dengan email dan kata laluan anda. Sekiranya anda tidak mempunyainya, daftar dengan mengklik “Daftar Akaun Binance”.
  8. Sahkan deposit anda dengan klik “Bayar”.
    binomo deposit binance pay5

Dana akan dikreditkan ke akaun Binomo sebentar lagi.

Bagaimana untuk deposit menggunakan dompet kripto?

Banyak dompet kripto yang tersedia di Binomo, termasuklah Syiling Binance, token Thether USD TRC20, token Tether USD ERC20, dan Litecoin. Ia selalunya mengambil masa 30 hingga 45 minit bagi pembayaran untuk dikreditkan ke akaun Binomo.

Nota! Sekiranya anda telah tahu alamat dompet Binomo, anda tidak patut menghantar dana sahaja. Sebaliknya, sentiasa guna bahagian “Juruwang” pada bila-bila masa yang anda inginkan untuk membiayai akaun. Platform tersebut tidak boleh memproses pembayaran anda.

Cara untuk deposit di Binomo menggunakan dompet kripto:

  1. Di sudut kanan sebelah atas platform, pilih kunci “Deposit”.
    binomo deposit cryptowallets1
  2. Pilih Brazil dari kawasan “Negara”.
  3. Pilih dompet pilihan sebagai pilihan pembayaran.
    binomo deposit cryptowallets2
  4. Tekan “Deposit” selepas anda memasukkan jumlah yang ingin dilaburkan. Catat bahawa jumlah minimum untuk mendeposit melalui dompet kripto ialah $40.
    binomo deposit cryptowallets3
  5. Anda akan dibawa ke halaman baru di mana anda boleh memasukkan jumlah deposit, alamat penerima dompet, ID transaksi, dan kod pengesahan. Sila simpan salinannya.
    binomo deposit cryptowallets4

Nota! Setelah anda menyimpan semua maklumat, jangan keluar halaman. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan dengan pembayaran di masa hadapan, bantuan akan meminta data. Juga, pastikan jumlah anda pindahkan sepadan dengan apa yang dipaparkan pada halaman pembayaran.

Kaedah pembayaran lain

Mari kita lihat kaedah lain yang tersedia untuk pedagang Brazil untuk membiayai akaun Binomo.

Loterica

Ambil langkah-langkah ini untuk melakukan deposit ke akaun Binomo anda melalui Loterica:

  1. Di sudut kiri belah atas, tekan butang “Deposit”.
    deposit loterica1
  2. Nyatakan Brazil di ruangan “Negara”.
  3. Pilih Loterica di senarai kaedah pembayaran.
    deposit loterica2
  4. Klik “Deposit” setelah menyatakan jumlah yang ingin dilabur.
    deposit loterica3
  5. Tekan butang “Sahkan” selepas menyerahkan maklumat peribadi anda (nama, alamat email, nombor telefon, CEP dan CPF).
    deposit loterica4
  6. Pergi ke “Loterica” terdekat untuk membuat pembayaran selepas mengambil catatan “kod Perjanjian” dan “nombor CPF/CNPJ” dipaparkan pada skrin.
    deposit loterica5
  7. Ambil resit, dan transaksi sudah selesai.

Ia boleh mengambil masa dalam anggaran satu jam untuk dana sampai ke akaun perdagangan anda.

Pengeluaran daripada Binomo ke Loterica

Pengeluaran pendapatan tambahan adalah lebih mudah daripada mendeposit. Hanya ikut arahan di bawah:

  1. Tekan butang “Deposit” atau pilih bahagian “Juruwang” di menu.
  2. Tekan butang “Keluarkan Dana”.
  3. Selepas memilih jumlah yang diingini dan tekan “Pindahan Bank”, isikan maklumat akaun Loterica.
  4. Klik butang “Permintaan Pengeluaran”.

Setelah platform meluluskan permintaan, anda akan menerima dana anda dalam tiga hari bekerja atau lebih.

Soalan Lazim (FAQ)

binomo faq
Sekiranya anda masih kurang jelas tentang pelaburan di platform Binomo, jawapan berikut untuk menjawab soalan lazim akan membantu.

Adakah selamat untuk menghantar dana ke Binomo?

Ianya selamat sepenuhnya untuk menghantar dana melalui bahagian “Juruwang” atau butang “Deposit” pada www.binomo.com. Syarikat bekerja hanya dengan penyedia servis pembayaran yang terbukti dan boleh dipercayai, baik nasional mahupun antarabangsa.

Tambahan pula, penyedia servis pembayaran mematuhi semua perlindungan data peribadi antabangsa dan lokal serta standard sekuriti. Ianya termasuk 3-D Secire PCI Standard (digunakan oleh VISA dan lain-lain lagi). Oleh itu, data anda adalah sentiasa selamat, dan anda boleh mendeposit duit di Binomo tanpa perlu risau tentang keselamatan.

Deposit saya tidak lepas, apa yang patut saya lakukan?

Masalah ini tidak berlaku selalu tetapi masih boleh berlaku atas beberapa sebab.

1) Dana tidak pernah didebitkan daripada Dompet anda
binomo deposit problem 1
Sebab yang paling biasa ialah pembayaran anda belum selesai, dan ia mungkin mengambil sedikit masa (sehingga 3 hari bekerja) untuk memprosesnya. Walaubagaimanapun, sekiranya pembayaran ditolak, penyedia servis akan memberitahu anda sebab penolakan supaya anda boleh menyelesaikan isu tersebut.

Sekiranya pembayaran tidak lepas lebih daripada tujuh hari, hubungi bantuan Binomo atau penyedia servis anda untuk bantuan dan bimbingan berkenaan penyelesaian transaksi.

2) Dana pernah didebitkan tetapi tidak dikreditkan ke Binomo
binomo deposit problem 2
Dalam kes ini, Binomo mengesyorkan menunggu satu hari bekerja. Tetapi sekiranya masalah berterusan, hubungi bantuan Binomo melalui email, menghantar bukti pembayaran seperti ID transaksi, nombor akaun, dan tangkapan skrin.

Sekiranya anda lihat status pembayaran anda “Belum Selesai”, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Semak sekiranya anda telah mengikuti arahan untuk mendeposit Binomo dengan betul. Ianya tersedia di Pusat Bantuan di bawah “Deposit”.
  2. Hubungi penyedia dompet bank/digital untuk membantu isu sekiranya pembayaran mengambil masa yang lama lebih daripada satu hari bekerja untuk diproses.
  3. Email support@binomo.com sekiranya dana tidak dikreditkan ke akaun dan penyedia pembayaran anda menjamin semuanya dalam susunan.

binomo deposit problem 3
Anda boleh menyemak bahagian sejarah transaksi di akaun anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai semua transaksi lepas. Bahagian “Sejarah Transaksi” terletak di “Juruwang” sekiranya berdagang melalui laman web www.binomo.com. Sekiranya anda menggunakan aplikasi mobil, buka menu di sisi kiri, pilih bahagian “Baki” dan lihat sejarah transaksi.

Sekiranya status deposit anda “Ditolak” atau “Ralat”, klik pada deposit yang ditolak untuk mengetahui sebabnya. Cuba hapuskan penyebabnya dan hantar semula deposit. Sekiranya ralat berterusan, email support@binomo.com.

Berapa banyak masa diambil bagi dana untuk didepositkan ke akaun saya?

Setelah anda menyelesaikan transaksi, ianya ditetapkan kepada status “Belum Selesai”. Ia menandakan penyedia servis pembayaran sedang memproses pembayaran. Dalam kebanyakan kes, dana anda akan muncul di akaun anda dalam satu jam. Tetapi kadang kala, disebabkan oleh peraturan negara atau had pemprosesan, ia mungkin mengambil 6 hingga 8 jam.

Perlu ingat bahawa tempoh maksimum pemprosesan bagi kebanyakan penyedia servis pembayaran ialah 3-5 hari bekerja, yang jarang sampai begitu. Walaubagaimanapun, pembayaran anda mungkin bertepatan dengan hari cuti umum dan mungkin tertunda beberapa hari. Dalam kes ini, hubungi penyedia servis anda untuk mengetahui status pembayaran anda yang tepat dan jangka masa ia mungkin diambil untuk menyelesaikannya.

Bagaimana untuk membiayai akaun saya dengan e-dompet dalam mata wang yang berbeza?

Anda tidak perlu risau sekiranya dompet anda dalam mata wang yang berbeza. Teruskan dengan kaedah pembayaran biasa, i.e., menerusi bahagian “Juruwang” pada laman web www.binomo.com atau “baki” dalam aplikasi. Dana anda akan ditukarkan kepada mata wang akaun Binomo secara automatik.

Juga, ambil tahu bahawa Binomo tidak mengenakan bayaran sebarang yuran penukaran wang. Walaubagaimanapun, sesetengah yuran mungkin dikenakan daripada penyedia servis pembayaran. Oleh itu, adalah disarankan untuk tahu mengenainya daripada penyedia servis anda sebelum membayar.

Lebih-lebih lagi, sebelum pembayaran anda diproses. Binomo akan menunjukkan anda jumlah yang ditukar dalam mata wang sasaran. Ia untuk memastikan pembuatan keputusan yang lebih baik pada hujung pengguna.

Adakah Binomo mengenakan bayaran bagi deposit?

Binomo tidak mengenakan yuran atau komisyen apabila anda mendeposit dana ke akaun Binomo. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya. Apabila anda mengisi semula akaun anda, anda boleh mendapatkan bonus. Jumlah bonus deposit bergantung kepada status akaun anda dan boleh mencecah sehingga 100% bagi Standard, sehingga 150% bagi Emas, dan 200% bagi VIP.

Walaubagaimanapun, sesetengah penyedia servis pembayaran mungkin mengenakan yuran mereka bagi pemindahan dana. Ia adalah benar terutamanya apabila kaedah pembayaran anda dan akaun Binomo beroperasi pada mata wang yang berbeza. Dalam kes sebegini, penyedia servis mungkin mengenakan bayaran yuran penukaran tertentu.

Nota! Pastikan untuk semak dengan penyedia servis pembayaran anda bagi sebarang bayaran yang dikenakan.

Bila dana akan dikreditkan ke akaun Binomo saya?

Ia kemungkinan besar bergantung kepada penyedia servis pembayaran anda. Sesetengah pemindahan akan dikreditkan secara terus, manakala yang lain mungkin mengambila masa sehingga 3 hari.

Perlu ingat bahawa undang-undang negara, polisi penyedia servis pembayaran, atau cuti umum mungkin menunda pemprosesan transaksi. Dalam 99% kes ini, sebarang penundaan adalah pada penyedia servis pembayaran dan bukannya Binomo.

Jangan risau sekiranya dana tidak dikreditkan ke akaun anda selepas beberapa jam. Tunggu sekurang-kurangnya satu hari bekerja. Sekiranya isu berterusan, hubungi support@binomo.com untuk mengetahui sebab sebenar penundaan tersebut.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment