Kejohanan “Daily Free” Binomo merupakan kejohanan yang mengujakan di antara pedagang di Binomo. Malah, pemula yang baru saja berjinak-jinak menggunakan akaun demo juga boleh mengambil bahagian di dalamnya. Mari kita lihat ciri-ciri utamanya.
Faedah kejohanan “Daily Free”
Kejohanan Binomo ini adalah percuma, dalam masa yang terhad, dan mempunyai hadiah berbentuk dana yang sebenar. Ia membenarkan anda untuk mempelbagaikan pengalaman perdagangan anda dan menguji kemahiran anda.
Kejohanan ini hanya berlangsung selama 7 jam dan hanya diberikan kepada 60 pemenang hadiah. Bilangan peserta dalam kejohanan adalah tidak terhad. Anda boleh mendaftar dalam kejohanan ini pada bila-bila masa sementara ia berlangsung.
Semua peserta akan mendapat akaun istimewa kejohanan dengan wang maya bernilai 100₮. Matlamat kejohanan Binomo ialah untuk mempunyai baki maksimum di akhir kejohanan.
Sekiranya transaksi tidak membuahkan hasil, anda boleh membuat belian semula untuk dana sebenar. Prasyarat bagi pembelian semula adalah jumlah dana pada akaun dan pelaburan dalam perdagangan terbuka mestilah kurang daripada 100₮. Kos belian semula ialah $1.00.
Dana hadiah yang terjamin bernilai $300. Walaubagaimanapun, saiz nilai terakhirnya bergantung kepada jumlah peserta dan pembelian semula yang dibuat untuk kejohanan tersebut. Dana hadiah diisi semula daripada sebahagian deposit yang dibuat oleh peserta ketika kejohanan (35-70%). Dana hadiah dibahagikan di antara semua peserta yang mengambil tempat teratas dalam kedudukan.
Seperti yang anda lihat, kejohanan Binomo percuma merupakan hadiah bagi pedagang. Bonusnya adalah peluang untuk pemula dengan akaun demo untuk bertanding dengan pedagang berpengalaman dan mendapatkan pendapatan. Walaubagaimanapun, seperti di dalam perdagangan sebenar, keputusan bergantung kepada pengetahuan dan kebolehan anda untuk membuat ramalan yang tepat.









