Sebab-sebab kerugian dana di Binomo

losing funds Blog

Perdagangan adalah sentiasa menjadi suatu proses berisiko yang boleh menyebabkan kerugian dana disebabkan oleh ramalan yang salah. Artikel ini akan mempertimbangkan sebab-sebab lain yang masih mempengaruhi hasil yang rendah.

Tiada strategi

no trading strategy
Strategi yang baik adalah penting dalam perdagangan. Ia secara automatik menimbulkan persoalan tentang apakah yang akan membantu anda mencipta taktik yang boleh dikatakan sangat baik. Pendekatan yang paling berkesan adalah penggabungan masa perdagangan tertentu, tips untuk menguruskan modal anda, dan metodologi yang hebat.

Jika anda mendapati diri anda sentiasa mengalami kerugian, berkemungkinan besar yang strategi anda memerlukan lebih banyak penambahbaikan daripada apa yang anda fikirkan. Ini juga boleh berlaku jika anda tidak mempunyai strategi pun sejak dari mula lagi. Strategi perdagangan yang anda buat harus meminimumkan kerugian anda.

Oleh itu, adalah penting untuk memberi tumpuan yang banyak kepada perkara-perkara yang spesifik. Mungkin tumpuan perlu diberikan lebih kepada masa dagangan tertentu, instrumen, atau peraturan pengurusan wang. Setiap elemen dalam strategi anda mesti dirancang dengan teliti.

Apabila anda sudah memahami perkara ini, anda boleh membina strategi untuk membantu anda membuat ramalan yang betul. Walau bagaimanapun, jika anda berharap untuk berdagang tanpa sebarang strategi, perdagangan anda boleh mengurangkan pelaburan anda dengan cepat.

Nota! Anda boleh mengkaji strategi perdagangan dalam bahagian khas di Binomo dan mengujinya pada akaun demo tanpa merisikokan wang deposit anda.

Tiada kawalan ke atas emosi

no control emotions
Semasa berdagang, emosi seperti rasa takut sering muncul, tetapi adalah penting untuk seseorang pedagang menyedari dan mengawalnya. Apabila berkaitan dengan ketakutan, anda tidak boleh melupakan perkataan “kesabaran”. Perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah mencari jalan untuk bertenang dan tetap mematuhi peraturan dan rancangan yang anda telah buat sejak dari awal. Tarik nafas panjang dan dalam keadaan apa pun, tidak tergesa-gesa membuat perdagangan atau bertindak di bawah pengaruh emosi.

Walaupun ianya penting, tidak mudah untuk berada dalam kawalan. Jika anda mendapati diri anda bergelut untuk melakukannya, berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda gunakan untuk memastikan emosi anda terkawal:

  • Pilih had pendapatan anda dan tetap mengikutinya. Asas yang baik ialah $100. Sekiranya anda menjana sebarang wang tambahan, sebaiknya log keluar dari akaun anda dan beralih kepada latihan di akaun demo jika anda masih rasa ingin berdagang.
  • Elakkan membuka perdagangan satu minit. Tergesa-gesa dalam perdagangan bukanlah idea yang baik, walaupun ia kelihatan okey.
  • Cipta taktik yang baik untuk perdagangan anda; sebarang strategi yang baik akan membuahkan hasil.
  • Pastikan anda memilih strategi yang melindungi baki akaun anda. Menyimpang daripada perkara ini selalunya berisiko.

Tip-tip ini telah direka untuk membantu anda mengawal tindakan anda semasa berdagang di Binomo dan dalam kehidupan seharian anda.

Tiada kepercayaan terhadap kejayaan

no belief in success
Ingat bahawa semua orang mengalami kerugian dana apabila mereka berdagang, dan menanggung kerugian terlalu lama adalah memudaratkan. Ia boleh berlaku kepada anda walaupun anda berpendidikan tinggi dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai analisis teknikal dan pasaran. Seringkali kita menemui orang yang tahu banyak perkara tentang perdagangan, tetapi kekurangan keyakinan mendorong mereka jatuh dan menghalang mereka daripada menjadi pedagang yang baik.

Pengalaman juga penting. Kadang-kadang, walaupun strategi anda luar biasa, anda mungkin tidak dapat melaksanakannya dengan cekap. Ini kerana ia memerlukan pengalaman untuk mengenal pasti masa yang optimum dalam pasaran untuk anda boleh melaksanakan taktik anda. Jadi, semakin banyak masa yang anda laburkan dalam hal ini, semakin besar kemungkinan anda akan menjadi bertambah baik.

Jangan biarkan ketamakan memakan diri anda di permulaan. Amalan terbaik untuk anda ialah memulakan dengan nilai yang kecil. Cuba melabur beberapa dolar dan teruskan usaha sehingga anda mahir dengan selok beloknya. Sebahagian besar daripada perdagangan adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda, jadi fokus pada perkara itu sebelum meningkatkan dana awal anda.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment