Bilakah anda seharusnya berhenti berdagang di Binomo

stop trading on binomo Blog

Binomo adalah platform yang baik untuk membantu anda mula berdagang dan memperoleh pendapatan tambahan, tetapi adalah penting untuk memahami bilakah masanya untuk berhenti. Berikut adalah beberapa perkara untuk membantu anda menyedari sudah tiba masanya untuk berehat sebentar daripada berdagang.

Mengetahui bilakah masanya untuk berhenti berdagang

know when to stop trading
Berdagang memerlukan tenaga mental dan tumpuan terhadap perdagangan, jadi apabila anda menghabiskan masa berjam-jam melihat nombor, penunjuk, isyarat, dan carta, adalah normal untuk berasa letih. Memaksa minda anda untuk meneruskannya melampaui bilangan jam tertentu boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Di sini ada dua tip atau petua untuk membantu anda berhenti berdagang tepat pada masanya:

  • Tetapkan had “kerugian harian”. Ini adalah amaun yang maksimum yang anda sanggup untuk hilang dalam sehari. Kerugian harian yang boleh diterima dianggarkan sekitar 3% daripada modal anda.
  • Berasa gelisah, lapar, bosan, atau keletihan adalah tanda-tanda bahawa anda sepatutnya berhenti berdagang untuk hari itu.

Beralih kepada hobi atau aktiviti yang bukan sahaja mengalihkan tumpuan anda daripada perdagangan tetapi juga boleh membuat anda gembira dan tidak sabar-sabar untuk melakukannya. Ini adalah cara yang berkesan untuk mengelakkan aktiviti perdagangan menjadi satu-satunya aktiviti yang anda lakukan pada hari tersebut.

Sedari perubahan emosi anda

manage emotions when trading
Bertindak mengikut emosi bukanlah sesuatu yang baik, terutamanya apabila melibatkan wang sebenar. Daripada tergesa-gesa, berusahalah untuk bertenang, tarik nafas dalam-dalam, dan ikuti petua ini:

  • Tukar ke akaun demo. Ianya diberikan kepada setiap pedagang Binomo untuk berlatih: belajar lebih banyak tentang strategi, tonton tutorial, dan tajamkan kemahiran anda tanpa rasa takut kerugian pelaburan sebenar.
  • Cuba amalkan cara yang lain untuk menenangkan diri anda, ini akan membantu anda mengelakkan diri daripada melakukan perdagangan yang impulsif apabila anda berasa gelisah.
  • Fahami perbezaan antara yakin dengan terlebih yakin. Apabila anda berasa terlebih yakin, adalah idea yang baik untuk berhenti sebentar, bertenang dan fikir secara logik.

Pada hari-hari tertentu, apabila persekitaran anda terlalu suram atau hiperaktif juga merupakan hari yang sebaik-baiknya anda elakkan melakukan aktiviti perdagangan, persekitaran anda juga banyak mempengaruhi proses berfikir anda.

Nota! Apabila anda berasa terlalu teruja atau terlalu kecewa, latih diri anda untuk bangun dan ambil sedikit masa untuk ‘sejukkan hati’ dan menenangkan emosi anda.

Cipta pelan perdagangan anda

сreate trading plan
Pelan perdagangan yang kukuh adalah penting, ia memastikan kemajuan, dagangan dan tempoh masa yang teratur. Anda boleh memasukkan beberapa perkara berikut dalam pelan perdagangan anda:

  • Mulakan dengan perdagangan yang lebih kecil, dan bila anda rasa anda telah mendapat rentaknya, anda boleh beralih ke perdagangan yang lebih besar dan penting.
  • Hasilkan strategi berdasarkan keperluan anda dan pengetahuan pasaran anda.
  • Sentiasa ada Pelan B dan C sebagai sandaran kalau-kalau perdangan yang dibuat tidak seperti yang anda harapkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut dalam penghasilan pelan perdagangan anda, anda boleh pergi ke www.binomo.com untuk lebih banyak tip dan trik berkaitan cara untuk menjadi lebih cekap dalam melaksanakan perdagangan anda.

Pelan perdagangan tidak pernah tetap, ianya direkasuai mengikut setiap pedagang, dan anda boleh mengubahnya berdasarkan keperluan dan prestasi anda seiring masa dan kemajuan anda.

Jangan habiskan terlalu banyak masa berdagang

don't spend too much time trading
Untuk mengelakkan terlebih berdagang, tetapkan tempoh masa tertentu untuk melakukan perdagangan setiap hari terhadap diri anda sendiri dan latih diri anda untuk tidak melangkaui tempoh ini.

Inilah cara ia boleh diatur:

  • Fahami minda anda dan buat jadual, dan cari tempat dan masa terbaik untuk berdagang pada waktu siang apabila anda tidak sibuk.
  • Pergi ke Pusat Bantuan Binomo di laman web Binomo untuk mengasah pengetahuan anda dengan membaca soalan lazim dan artikel, menonton tutorial, dan banyak lagi.
  • Elakkan diri daripada rasa Takut Ketinggalan (FOMO) semasa berdagang. Akan sentiasa ada lebih banyak peluang perdagangan yang datang. Perkara yang lebih penting ialah memastikan emosi dan masa anda terkawal.

Nota! Anda sentiasa boleh menetapkan penggera untuk mengingatkan anda bahawa masa telah tamat untuk hari itu dan sekarang anda patut bangun dan pergi daripada komputer.

Jangan menjadi ketagih

don't get addicted to trading
Ketagihan terhadap perdagangan adalah kes yang biasa berlaku, dan sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Mempunyai satu set peraturan untuk mengawal tempoh masa perdagangan dan tabiat anda adalah cara yang sangat baik untuk mengawal diri sendiri:

  • Tetapkan had masa untuk berdagang setiap hari: gunakan penjejak masa pada PC atau peranti mudah alih anda.
  • Simpan peranti yang anda gunakan untuk berdagang di luar bilik tidur anda untuk mengelakkan daripada godaan ingin memegangnya sepanjang malam.
  • Minta rakan-rakan dan keluarga untuk membantu anda tetap mengikuti had perdagangan harian anda. Orang-orang yang terdekat dengan anda boleh menelefon anda sekali-sekala untuk mengetahui sama ada anda okey atau tidak melakukan perdagangan selama beberapa jam berterusan.

Nota! Membuat rutin yang lebih sihat boleh membantu: cuba aktiviti-aktiviti lain dan habiskan lebih banyak masa di luar rumah.

Pandangan akhir

Sentiasa ingat bahawa berdagang adalah berisiko. Pada masa yang salah dan dalam emosi yang salah, keputusan yang dibuat boleh mengakibatkan kerugian pelaburan sebenar di Binomo.

Walaupun mengikuti semua langkah ini mungkin tidak mudah, ia akan membantu memastikan tabiat perdagangan anda teratur. Anda boleh melihat prestasi anda setiap beberapa bulan dan mengubah peraturan serta pelan perdagangan anda sewajarnya.

Berdagang adalah sebahagian daripada hidup anda sehari-hari. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan ia tidak mempengaruhi kehidupan anda dengan cara yang tidak baik.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment