Cara menggunakan versi APK Binomo dengan Android

binomo app for android Tutorials

Binomo adalah salah satu platform perdagangan yang paling dikenali di dunia. Selain dari laman web, Binomo boleh diakses melalui aplikasi mudah alih dan versi APK untuk peranti Android. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda cara-cara memuat turun Binomo APK, bagaimana untuk deposit dan mengeluarkan dana, dan kelebihan utama versi APK Binomo.

Muat turun versi APK Binomo untuk Android

binomo mobile app
Jika anda menghadapi masalah untuk memuat turun aplikasi Binomo dari Google Play atau stor aplikasi lain untuk Android, anda tidak perlu menggodamnya, kerana terdapat alternatif lain. Versi terkini APK boleh dimuat turun dengan percuma daripada laman web rasmi www.binomo.com; anda hanya perlu mengimbas Kod QR untuk memuat turun aplikasi Binomo.

Nota! Jangan muat turun APK Binomo dari laman web pihak ketiga, seperti www.uptodown.com atau www.100modapk.com. Pihak Binomo tidak akan bertanggungjawab untuk perisian yang tidak diperolehi dari laman web rasminya.

Daftar dan log masuk pada aplikasi Binomo Android

binomo app registration
Sebaik sahaja anda memasang mod Binomo APK pada peranti mudah alih Android anda, anda boleh mendaftar untuk akaun Binomo. Cara-caranya sangat mudah:

  1. Pergi ke aplikasi Binomo, dimana panel pendaftaran akan dibuka secara automatik.
  2. Masukkan alamat e-mel anda dan cipta kata laluan yang kukuh.
  3. Pilih mata wang yang anda mahu gunakan untuk berdagang. Berhati-hati dengan langkah ini kerana anda tidak boleh mengubah pilihan mata wang anda selepas pendaftaran.
  4. Baca Perjanjian Klien dan Dasar Privasi dengan teliti sebelum menyemak kotak yang mengesahkan penerimaan anda terhadap syarat dan terma Binomo. Melanggar peraturan platform Binomo boleh menyebabkan akaun anda disekat.
  5. Klik butang pendaftaran.
  6. Untuk mengesahkan alamat e-mel anda, anda akan menerima mesej e-mel dengan pautan untuk mengesahkan alamat e-mel yang anda beri semasa pendaftaran. Klik padanya untuk melengkapkan pendaftaran akaun.

Sekarang anda boleh log masuk untuk mengakses akaun demo Binomo dengan wang maya bernilai $ 10000 untuk berlatih melabur dan berdagang. Jika anda rasa bersedia untuk perdagangan sebenar, depositkan dana sebenar.

Bagaimana untuk mendepositkan dana pada aplikasi Binomo Android?

binomo app deposit
Untuk berdagang di akaun Binomo sebenar, anda perlu melabur sekurang-kurangnya $5 (jika anda berasal dari India, untuk negara lain, ia adalah $10). Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:

  1. Klik butang “Deposit” kuning  di sudut kanan,bahagian atas skrin anda.
  2. Pilih lokasi anda dan salah satu kaedah pembayaran yang tersedia di negara anda. Kaedah pembayaran seperti kad bank, e-dompet, dan pemindahan bank boleh didapati.
  3. Masukkan jumlah yang anda ingin laburkan, kemudian klik butang “Deposit”.
  4. Berikan butiran yang diperlukan oleh sistem pembayaran (nombor telefon, bandar, alamat), untuk menyelesaikan proses ini.

Dalam kebanyakan kes, deposit akan dikreditkan semula serta-merta. Jika lebih daripada 24 jam telah berlalu dan dana anda masih lagi tidak dikreditkan ke akaun anda, hubungi support@binomo.com.

Bagaimana untuk berdagang di Binomo versi Android APK?

binomo app trade
Mekanisme utama yang digunakan di Binomo untuk berdagang adalah Perdagangan Masa Tetap atau Fixed Time Trades (FTT). Konsep ini mudah difahami walaupun anda baru bermula untuk berdagang dan boleh menjana pendapatan tambahan dengan hanya 1 minit. Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuka perdagangan pada akaun demo atau sebenar.

Pilih aset

Pertama, pilih aset yang anda mahu dagangkan. Terdapat lebih daripada 70 jenis aset yang tersedia di aplikasi Binomo (bergantung kepada jenis akaun), termasuk emas, pasangan mata wang, indeks, komoditi, saham, dan lain-lain.

Tetapkan jumlah pelaburan

Anda tidak perlu bermula dengan pelaburan yang besar. Mana-mana jenis perdagangan memerlukan sekurang-kurangnya $1 (atau nilai bersamaan dalam mata wang negara anda).

Pilih masa untuk perdagangan anda

Perdagangan di Binomo boleh berlangsung dari 1 sehingga 60 minit. Pemula dinasihatkan untuk memilih selangan masa yang pendek dan tidak melebihi daripada 5 minit.

Buat ramalan

Kaji carta untuk menganalisa pergerakan harga. Jika anda fikir harga aset akan meningkat, klik butang hijau. Jika, pada pendapat anda, harga akan menurun, klik butang merah.

Tunggu sehingga dagangan ditutup

Jika ramalan anda betul, jumlah yang anda laburkan dan pendapatan tambahan dari pelaburan tersebut akan ditambahkan ke akaun anda. Jika ramalan anda tidak betul, anda akan kehilangan pelaburan anda.

Bagaimana untuk mengeluarkan dana dari versi Binomo Android APK?

binomo app withdrawal
Jika anda telah menerima pendapatan tambahan, anda boleh mengeluarkannya dari aplikasi Binomo menggunakan kaedah pembayaran yang sama semasa anda mendepositkan dana. Ikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Klik pada foto profil anda dan lawati bahagian “Balance” (Baki).
  2. Klik butang Withdraw (Keluarkan).
  3. Pilih kaedah pembayaran dan masukkan amaun (minimum $10).
  4. Klik pada “Request Withdrawal” (Minta Pengeluaran).

Setelah permintaan disahkan, dana akan dikreditkan dalam masa beberapa jam sehingga 3 hari atau lebih, bergantung pada jenis akaun anda dan dasar penyedia perkhidmatan.

Kelebihan versi APK Android Binomo

binomo advantages
Aplikasi Binomo sesuai untuk pedagang yang berpengalaman dan pedagang yang baru bermula untuk berdagang. Ia mempunyai antara muka yang mudah dan sudah diterjemahkan ke 12 bahasa yang lain, termasuk bahasa Inggeris dan Hindi. Mari kita lihat beberapa kelebihan versi APK Android Binomo.

Mudah untuk dimuat turun

Anda tidak perlu melawat Google Play atau mana-mana stor aplikasi lain atau menggodam aplikasi Binomo untuk menggunakannya. Untuk memuat turun APK percuma untuk Android, gunakan kod QR di halaman utama laman web Binomo.

Berdagang di mana-mana sahaja

Dengan APK untuk peranti Android, anda boleh melabur dan berdagang di platform Binomo di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Anda hanya memerlukan akses internet.

Sokongan 24/7

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kesulitan, anda boleh menulis kepada kami melalui chatbot di Binomo APK atau hubungi pengurus kami di support@binomo.com.

Bonus dan kupon

Anda boleh meningkatkan potensi dagangan anda dengan menggunakan ganjaran daripada platform Binomo, seperti bonus deposit dan tawaran istimewa untuk pelanggan VIP. Binomo juga sering menawarkan kupon atau kod promo.

Kebolehpercayaan syarikat

Binomo adalah ahli kategori “A” Suruhanjaya Kewangan; Kualiti perdagangan melalui Binomo juga telah disahkan melalui pensijilan Verify My Trade. Ia juga telah menerima Anugerah FE pada tahun 2015 dan dinamakan “Plaform perdagangan terbaik” oleh IAIR pada tahun 2016.

Kesimpulan

binomo apk
Muat turun versi terkini Binomo APK hanya dari laman web rasmi Binomo. Ia percuma dan hanya mengambil masa beberapa minit. Untuk keselamatan anda, jangan memuat turun versi cetak rompak daripada sumber pihak ketiga.

Perdagangan boleh membawa risiko kehilangan modal. Jadi jangan melabur dan berdagang pada akaun Binomo sebenar, sehingga anda telah mengkaji tutorial dan berlatih dengan menggunakan akaun demo.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment