Kejohanan Binomo adalah acara yang terhad masanya dalam membantu pedagang bertanding sesama mereka untuk mendapatkan hadiah berbentuk dana. Kejohanan Binomo akan membantu anda menilai kemahiran anda berdagang. Di sini anda boleh bertanding dengan pedagang lain: menggilap strategi anda, menambah baik perdagangan anda dan mendapatkan pendapatan tambahan sekiranya anda menunjukkan keputusan yang mengagumkan di papan pendahulu.
Bagaimanakah Kejohanan Binomo berfungsi?
Setiap peserta dalam kejohanan Binomo berusaha untuk mencapai baki akhir tertinggi yang ditetapkan dalam pertandingan sewaktu ia tamat. Pada akhirnya, peserta yang layak mendapat hadiah akan dianugerahkan dengan hadiah berbentuk dana. Tetapi perlu ingat, jika anda ingin tahu cara bermain dalam kejohanan Binomo tersebut, anda tidak boleh tahu kerana ia bukannya permainan. Ia merupakan pertandingan yang adil di antara pedagang di mana kemahiran berdagang dan pengalaman diperlukan.
Tempoh kejohanan Binomo adalah tidak tetap. Sebahagian kejohanan tamat dalam masa satu hari sahaja, dan sebahagiannya berlangsung selama beberapa minggu. Yuran penyertaan juga berbeza daripada beberapa dolar kepada beratus dolar berdasarkan dana hadiah, status dan masa kejohanan.
Bagaimana untuk mengetahui tentang kejohanan Binomo?
Binomo sentiasa memberikan notifikasi kepada penggunanya tentang kejohanan. Anda boleh mencari senarai kejohanan Binomo di dalam laman web ataupun di aplikasi mudah alih.
Untuk pengguna web:
- Pada sudut kiri di platform Binomo, anda boleh cari ikon Kejohanan; tekan ikon tersebut.
- Anda boleh lihat senarai kejohanan yang ada. Untuk menyertai kejohanan yang anda berminat, tekan padanya untuk dapatkan informasi lanjut dan daftar untuk menyertai pertandingan Binomo.
Untuk pengguna aplikasi mudah alih Binomo:
- Tekan pada menu dan pilih ikon Kejohanan.
- Lihat senarai kejohanan yang ada. Hanya tekan pada mana-mana kejohanan untuk sertai atau mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.
Nota! Sekiranya anda merupakan salah satu pengguna yang menggunakan versi baharu aplikasi Android, anda akan mendapat senarai kejohanan di bahagian bawah skrin.
Menyemak butiran untuk kejohanan Binomo
Menyemak butiran kejohanan Binomo akan membantu anda mengetahui cara untuk sertainya. Ikuti langkah ini:
- Untuk menyemak baki minimum yang anda perlukan untuk bermula, kos pembelian semula, bilangan hadiah dan jaminan dana hadiah, hanya tekan pada kejohanan pilihan anda.
- Pilihan kejohanan anda mempunyai tiga tab di dalamnya:
- Lihat di bawah butiran Syarat untuk menyemak keperluan kejohanan sepeti belian semula, dana hadiah, dan baki permulaan.
- Lihat di bawah Butiran Kejohanan untuk mengetahui jumlah peserta dan masa kejohanan.
- Sekiranya anda ingin melihat peserta dan pedangang pendahulu, hanya perlu lihat di bawah Papan Pendahulu kejohanan.
Bayar yuran penyertaan untuk menyertai kejohanan Binomo. Selepas anda mendaftar, anda akan mendapat akaun istimewa kejohanan. Matlamatnya di sini ialah untuk meningkatkan baki dalam tempoh masa kejohanan Binomo.
Akaun Kejohanan
Selepas mendaftar, anda akan mendapat akses ke akaun kejohanan Binomo yang beroperasi dengan mata wang khas ₮. Ia merupakan mata wang alam maya yang digunakan dalam kejohanan Binomo sahaja dan tidak berkait dengan dana di dalam akaun sebenar anda. Ia akan muncul di tab Baki.
Nota! Anda boleh menyertai kejohanan Binomo yang berbeza dengan bertukar di antara akaun kejohanan.
Kejohanan Percuma
Hanya ada satu kejohanan yang percuma di Binomo iaitu Daily Free. Perkara yang baik tentang kejohanan Daily Free ini ialah ianya sedia disertai oleh setiap pedagang yang mendaftar di platform, malah orang baharu yang baru sahaja mula berdagang dan menggunakan akaun demo tanpa dana yang sebenar juga telah sedia menyertai.
Daily Free merupakan satu lagi alat percuma untuk mengasah kemahiran dan strategi anda di dalam kejohanan yang jujur bersama pedagang lain untuk dana hadiah yang sebenar.
Nota! Dana hadiah kejohanan Daily Free adalah lebih rendah daripada kejohanan berbayar, kerana ia ditaja oleh platform.
Walaubagaimanapun, jika anda berjaya ke papan pendahulu tanpa ada akaun yang sebenar, anda perlu mendeposit jumlah minimum ke Binomo ($5 untuk India dan $10 untuk negara lain). Hanya dalam kes ini anda boleh menggunakan dana yang diterima dalam kejohanan.
Kejohanan Berbayar
Kejohanan berbayar hanya tersedia untuk pedagang yang menggunakan akaun sebenar. Walaubagaimanapun, sebahagian daripadanya dicipta untuk pedagang yang memegang akaun Gold atau VIP.
Kumpulan hadiah kejohanan berbayar Binomo bergantung pada yuran penyertaan. Lebih ramai bilangan peserta, maka kumpulan hadiah juga adalah lebih tinggi. Kejohanan berbayar pada umumnya lebih berbaloi tetapi berisiko sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi.
Cara keputusan kejohanan dipertimbangkan dalam jadual
Matlamat anda sebagai peserta kejohanan adalah untuk mempunyai baki atau perolehan tertinggi yang boleh.
Sekiranya anda mempunyai ₮50 pada permulaan kejohanan dan meningkat naik ke ₮500 semasa kejohanan Binomo, tetapi pada akhirnya, ia bertukar kepada ₮100, maka sekiranya matlamat kejohanan adalah untuk mendapatkan perolehan tertinggi pada akhir kejohanan, markah anda akan dikira sebagai ₮500.
Jika matlamatnya adalah untuk mempunyai baki tertinggi pada akhir kejohanan, maka ₮100 akan dikira sebagai baki anda. Semasa anda buat dagangan yang lebih baik, baki anda meningkat, dan anda akan naik ke kedudukan yang lebih tinggi di papan pendahulu dalam kejohanan Binomo.
Bentuk dan Agihan dana hadiah
Terdapat dana hadiah yang dijamin dalam setiap kejohanan Binomo. Ia berkembang apabila bilangan peserta meningkat dan bilangan belian semula meningkat dalam kejohanan. Walaubagaimanapun, dana hadiah itu tidak akan pernah kurang daripada jumlah jaminan yang disebutkan dalam Syarat kejohanan Binomo.
Di akhir setiap kejohanan, dana ini akan diagihkan di antara peserta yang berjaya mendapatkan markah tertinggi dalam kejohanan.
Nota! Bilangan hadiah bergantung kepada kejohanan. Lebih banyak kumpulan hadiah, lebih banyak peratusan yang anda akan terima.
Belian semula kejohanan
Anda boleh meningkatkan baki akaun kejohanan anda dengan jumlah belian semula. Anda boleh mendapatkan sebanyak mana pembelian semula yang anda mahu jika tambahan baki kejohanan dan dagangan adalah kurang daripada baki permulaan. Kos setiap belian semula akan ditolak dari baki akaun sebenar anda.
Di bawah Syarat, anda boleh mengetahui kos belian semula dengan mengklik pada butang Belian Semula pada bahagian kanan jumlah baki yang tinggal. Klik pada butang Bayar untuk mendapatkan belian semula.
Itu sahaja yang anda perlu tahu tentang kejohanan Binomo. Jangan lupa juga pada risikonya. Binomo merupakan platform dagangan di mana pedagang menggunakan akaun sebenar mereka untuk menjana pendapatan tambahan. Dan ia memerlukan pengetahuan, strategi, dan praktis pada akaun demo.
















