Ramalan perdagangan memerlukan pengetahuan yang mendalam dan kemahiran yang arif untuk menganalisis data pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang, pengetahuan sedemikian tidak cukup untuk membuat perkiraan bagaimana harga sesebuah aset akan berubah. Oleh itu, ramai pedagang menggunakan isyarat yang diterima daripada bot; tetapi adakah ia boleh digunakan di Binomo?
Apakah petanda yang ditunjukkan oleh isyarat?
Isyarat perdagangan adalah produk yang terhasil daripada analisis pasaran yang mendalam, yang mana dilaksanakan oleh pakar manusia menggunakan penunjuk-penunjuk teknikal. Ianya juga boleh dijana melalui algoritma matematik dengan cara menggabungkan data pasaran dan penunjuk ekonomi.
Ini adalah perkara-perkara yang ditunjukkan oleh isyarat:
- Menunjukkan kepada anda arah pasaran yang betul.
- Memberitahu anda bilakah masa yang tepat untuk membeli atau menjual suatu aset tertentu.
- Membantu anda membezakan kekuatan trend pasaran.
Walau bagaimanapun, tidak semua platform perdagangan membenarkan penggunaan isyarat yang diterima daripada luar. Salah satu platform sedemikian adalah Binomo.
Bagaimanakah isyarat perdagangan berfungsi?
Secara umumnya, isyarat perdagangan menzahirkan analisis asas dan teknikal, pengukuran sentimen dan faktor-faktor ekonomi. Objektif bagi isyarat ini ialah untuk menggunakan sumber-sumber ini untuk memberikan fakta objektif mengenai aset tertentu kepada pedagang dan pelabur. Maklumat sedemikian membolehkan mereka memperuntukkan dana yang cukup dengan bijak dan menguruskan portfolio mereka dengan lebih berkesan.
Anda harus faham bahawa Binomo tidak menggunakan sebarang jenis isyarat. Ianya tidak dibenarkan. Sebaliknya, syukur kerana adanya akaun demo, anda boleh bergantung kepada pengalaman anda dan belajar bagaimana Binomo berfungsi dalam persekitaran yang selamat. Ia akan membolehkan anda untuk menguji strategi-strategi dan penunjuk yang berbeza, mengkaji bagaimana ia berfungsi dalam situasi yang ditetapkan, dan apakah isyarat yang perlu anda perhatikan untuk membuat dagangan yang menguntungkan.
Keselamatan platform
Binomo boleh dikatakan sebagai salah satu platform perdagangan paling selamat secara global kerana ia memberikan perhatian yang teliti kepada keselamatan pelanggan-pelanggannya. Pada tahun 2018, syarikat tersebut menerima pensijilannya daripada Suruhanjaya Kewangan, sebuah badan penyelesaian pertikaian bebas yang khusus dalam pasaran kewangan.
Ditambah dengan kejayaannya menerima Anugerah FE 2015 ialah Anugerah IAIR 2016 sebagai pengiktirafan terhadap keunggulan syarikat yang dihormati dalam pasaran kewangan global. Ini adalah bukti kebolehpercayaan dan ketelusan syarikat ini. Di samping itu, risiko pelanggan diinsuranskan oleh undang-undang semasa.
Pandangan Akhir
Ramai pedagang menggunakan perisian untuk menerima isyarat perdagangan. Perisian ini membantu mereka memutuskan strategi perdagangan yang manakah untuk dipilih. Malah, sesetengah program boleh mengautomasikan proses itu, membuat analisis dan keputusan untuk pedagang. Tetapi isyarat sedemikian mungkin tidak tepat dan anda menghadapi risiko kehilangan pelaburan anda.
Atas sebab ini, Binomo melarang penggunaan algoritma perdagangan. Seorang pedagang haruslah boleh membaca carta, menganalisis pasaran, menggunakan penunjuk untuk melihat isyarat yang betul, membuat ramalan, dan membuka dagangan.
Anda juga jangan sesekali lupa bahawa perdagangan mempunyai risiko yang besar untuk kehilangan dana. Pengetahuan, latihan, dan masa adalah kunci untuk menjadi pedagang yang baik. Kemahiran andalah yang membantu melihat isyarat perdagangan tanpa menggunakan perisian pihak ketiga.











