Binomo tersedia di lebih 130 buah negara dan dalam pelbagai bahasa (Hindi, Inggeris, dll.). Popularitinya disebabkan oleh kemudahan mekanisma perdagangan dan bahan pendidikan yang boleh didapati secara percuma. Mari lihat cara untuk menggunakannya untuk melakukan perdagangan di Binomo dengan efektif.
Gunakan akaun demo sebagai pendidikan
Selepas mendaftar masuk pertama kali di platform Binomo, setiap pengguna akan mendapat akses kepada akaun demo percuma untuk tempoh yang tidak terhad. Ianya merupakan persekitaran pembelajaran yang selamat yang akan mengajar anda cara untuk berdagang menggunakan carta sebenar dengan dana alam maya.
Akaun demo mengandungi video tutorial yang akan menjadi bantuan yang sebenar bagi pedagang baru. Ia akan menerangkan dengan ringkas cara Binomo berfungsi. Anda akan mempelajari cara untuk berdagang dengan mekanisma Fixed Time Trade, di mana FTT membenarkan anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dalam masa seminit.
Hanya ikut langkah-langkah ini:
- Pilih satu aset. Peratus di sebelah aset menunjukkan keuntungan maksimum perdagangan. Bagi pedagang VIP, peratusnya selalunya tinggi.
- Tetapkan jumlah dagangan. Jumlah dagangan minimum ialah $1; maksimum ialah $1000 ataupun bersamaan dengan mata wang di dalam akaun anda. Sekiranya anda baru dalam perdagangan, adalah lebih baik untuk melabur dalam jumlah yang kecil.
- Tetapkan tempoh tamat perdagangan. Anda boleh menetapkan tempoh tamat dagangan dari 1 hingga 60 minit. Ambil perhatian bahawa masa yang anda pilih untuk tutup dagangan, bukanlah tempohnya.
- Buat ramalan. Lakukan analisis pergerakan harga aset pada carta dan ramalkan sama ada ia akan meningkat atau menurun. Klik pada butang hijau sekiranya anda rasa harga aset akan meningkat ataupun pada butang merah sekiranya anda fikir ia akan menurun.
- Tunggu dagangan untuk tutup. Sekiranya ramalan anda tepat, anda akan memperoleh pendapatan tambahan bergantung pada peratus keuntungan dagangan. Sekiranya ramalan anda salah, pelaburan anda tidak akan dipulangkan.
Platform juga menawarkan Pusat Bantuan yang berguna. Bahagian FAQ menerangkan apa itu Binomo, cara untuk mengubah mata wang akaun, cara menggunakan strategi, kenapa Binomo bukan platform perdagangan forex, dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak mendapatkan jawapan kepada persoalan anda, anda boleh sentiasa menulis ke chatbot atau hubungi support@binomo.com.
Nota! Semua bahan pendidikan adalah disediakan secara percuma.
Patuh pada terma
Aspek lain yang penting untuk dipertimbangkan ketika berdagang di Binomo ialah terma platform. Apabila anda mendaftar di Binomo, anda mesti membaca dan menerima Perjanjian Pelanggan dan Dasar Privasi. Mengetahui tentang peraturan ini membolehkan anda untuk menjawab soalan: “Bagaimana Binomo berfungsi?”.
Belajar strategi
Belajar dan uji strategi di akaun demo adalah penting untuk perdagangan yang membawa hasil. Binomo menawarkan pelbagai strategi perdagangan untuk pedagang dari semua peringkat: pemula, berpengalaman, dan profesional.
Pemula akan dapat mempelajari tentang penunjuk teknikal, berita perdagangan, “Saluran Malam” dan strategi “Bollinger Breakdown”. Bagi pedagang berpengalaman, bahagian “Strategi” mengandungi informasi tentang perdagangan peringkat Fibonacci dan menggunakan RSI, dan banyak lagi.
Perlu diingat bahawa tiada strategi perdagangan yang boleh menjamin 100% hasil perdagangan anda. Oleh itu, gunakan akaun demo Binomo untuk mempelajari cara menggunakannya dan memperbaiki kemahiran ramalan harga anda. Ianya juga berbaloi untuk menggunakan penunjuk bersama dengan strategi pilihan. Ia akan mengurangkan risiko ramalan yang tidak tepat.
Bagaimanakah cara untuk menggunakan penunjuk?
Penunjuk merupakan alat visual; pedagang menggunakannya untuk memantau perubahan harga aset pada carta. Penunjuk mesti digunakan bersama dengan strategi perdagangan supaya dagangan menjadi lebih efektif.
Anda boleh pilih dan ubah suai penunjuk di sudut kiri di bahagian bawah platform:
- Klik pada ikon “Alat Perdagangan”.
- Pilih penunjuk yang diperlukan daripada senarai.
- Laraskan tetapan “Terlebih Beli”, “Terlebih Jual” dan “Tempoh” dan klik Terapkan.
Penunjuk anda yang aktif akan muncul pada bahagian atas senarai. Anda boleh memadamnya dengan klik pada ikon tong sampah.
Sertai kejohanan
Pedagang juga boleh menyertai kejohanan Binomo untuk memperbaiki kemahiran berdagang mereka dan bertanding untuk kumpulan hadiah. Kejohanan “Daily Free” adalah terbuka untuk semua pengguna, termasuklah pemegang akaun demo. Ia tidak memerlukan yuran penyertaan tetapi menyediakan peluang untuk mendapatkan pendapatan tambahan.
Sekiranya anda mempunyai akaun Standard, Emas atau VIP, kejohanan berbayar dengan kumpulan hadiah yang tinggi adalah tersedia. Matlamat kejohanan adalah untuk masuk ke dalam papan pendahulu dengan deposit yang besar pada akhir kejohanan. Ia merupakan cara perdagangan lain yang menarik di Binomo yang membolehkan anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan semangat persaingan.
Baca blog Binomo
Tambahan kepada Pusat Bantuan dan chatbot yang amat berguna kepada pengguna baharu, Binomo juga mempunyai blog rasmi. Ia mengandungi artikel yang menerangkan tentang perdagangan secara umum dan cara platform berfungsi. Blog Binomo menyediakan informasi tentang strategi dan penunjuk popular, tips perdagangan, dan banyak lagi.
Tetapi perlu diingatkan bahawa risiko untuk kehilangan dana sentiasa ada apabila berdagang, walaupun akses kepada bahan pendidikan dan latihan percuma pada akaun demo. Untuk berdagang di Binomo, anda memerlukan semua pengetahuan dan kemahiran anda untuk mengurangkan risikonya.