Teknik rahsia yang utama daripada seorang pedagang Binomo yang berpengalaman

binomo tricks Blog

Saya sudah berdagang di platform Binomo selama setahun sekarang. Kadang-kadang saya memperoleh pendapatan tambahan di Binomo dan kadang-kadang pelaburan saya rugi. Tetapi saya pasti yang saya boleh menambah baik hasil pendapatan saya jika saya terus mencuba. Saya hanya perlu mencari cara untuk berdagang dengan cekap, dengan cara mengikuti petua dan teknik cara yang diberikan oleh pedagang profesional.

Saya mengikuti tutorial, menulis beberapa petua, dan menguji banyak strategi yang berbeza di Binomo dengan menggunakan akaun demo. Oleh itu, saya telah memahami prinsip asas perdagangan di Binomo yang telah mengurangkan risiko kerugian dana.

Saya telah menemui empat petua yang ingin saya kongsikan dengan anda. Petua-petua ini membentuk asas bagi pendidikan perdagangan saya di Binomo.

Petua 1: Layani akaun demo seperti akaun yang sebenar

binomo demo
Akaun demo Binomo membolehkan anda mencuba strategi-strategi dan teknik cara yang berbeza untuk menyelamatkan dana anda. Ia membekalkan dana maya untuk anda melaksanakan perdagangan, yang bermaksud jika anda gagal, anda tidak akan kehilangan pelaburan anda. Pada masa yang sama, anda berdagang berdasarkan pada carta yang sebenar, sama seperti akaun sebenar.

Saya beralih ke akaun demo Binomo apabila saya ingin memeriksa sama ada strategi yang saya pilih itu berkesan atau tidak dan mengujinya beberapa kali. Selepas memastikan bahawa strategi itu berkesan seperti yang saya inginkan, saya beralih ke akaun sebenar Binomo dan mula berdagang. Selain itu, saya menguji pelbagai penunjuk menggunakan akaun demo dan memilih penunjuk yang terbaik untuk menganalisa pergerakan harga sesebuah aset.

Ramai pemula yang tidak melihat akaun demo seperti akaun yang sebenar: mereka meletakkan jumlah dagangan yang besar, tidak memerhatikan masa berdagang, dan menggunakan strategi yang rawak. Pendekatan ini hanya akan mengakibatkan kerugian wang pelaburan seseorang pedagang apabila berdagang menggunakan akaun sebenar. Saya mengesyorkan agar anda mengambil serius dengan latihan perdagangan menggunakan akaun demo anda, mencuba semua alat kewangan yang tersedia di Binomo dan memahami bagaimana ia berfungsi.

Menggunakan akaun demo Binomo akan meningkatkan kemahiran berdagang dan keyakinan anda. Ia akan membantu anda memahami bilakah masa yang terbaik dan masa yang tidak sesuai untuk memasuki perdagangan, apakah strategi atau teknik cara yang perlu digunakan dalam kes begini atau begitu, dan apakah masa yang perlu dipilih untuk suatu perdagangan.

Saya sarankan agar anda berlatih pada bila-bila masa yang anda boleh menggunakan akaun demo. Ini adalah peluang yang unik untuk memahami bagaimana Binomo berfungsi dengan menggunakan carta yang sebenar.

Petua 2: Elakkan perdagangan pendek 60 saat

60 second trade
Platform Binomo menawarkan mekanik perdagangan yang jelas dan mudah serta boleh difahami, Perdagangan Masa Tetap atau Fixed Time Trade (FTT) kepada pedagang. Mari kita lihat bagaimana FTT berfungsi:

  • Pilih satu aset untuk didagangkan, contohnya, pasangan mata wang GBP/NZD.
  • Tetapkan jumlah dan masa urus niaga (antara 1 hingga 60 minit).
  • Buat ramalan dan tekan butang hijau jika anda pasti harga aset akan menaik; merah – jika menurun.

Saya setuju bahawa tiada apa yang rumit dalam teknik ini. Jika ramalan anda betul, anda akan memperoleh pendapatan tambahan; jika tidak, anda akan kerugian semua pelaburan anda.

Memperoleh pendapatan tambahan dalam masa 60 saat mungkin kelihatan mudah, tetapi sebenarnya tidak. Perdagangan yang sedemikian pendek adalah penuh dengan risiko. Lebih cepat masa perdagangan yang ditetapkan, lebih mudah untuk berlakunya ralat pada ramalan yang dibuat. Harga aset sentiasa berubah dan perubahan harga yang sangat kecil sekalipun boleh mengakibatkan kerugian kepada anda.

Setiasa ingat bahawa harga berubah dalam rangka masa yang pendek atau panjang. Walau bagaimanapun, turun naik harga pada rangka masa yang panjang tidaklah begitu besar sehingga menyebabkan anda melakukan kesalahan dalam membuat ramalan. Adalah lebih mudah untuk menganalisa dan meramal arah harga menggunakan rangka masa yang lebih panjang. Gunakan petua ini dan cuba untuk tidak membuka perdagangan 1 minit.

Petua 3: Selalu periksa sejarah dagangan

trading history
Matlamat utama setiap pedagang Binomo seharusnya adalah meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan. Oleh itu, adalah penting untuk anda menganalisa perdagangan yang pernah anda buat sebelum ini. Dahulu, pedagang selalunya menulis tangan semua perdagangan yang pernah mereka laksanakan untuk menganalisa perdagangan yang manakah membuahkan hasil dan yang manakah tidak. Kini anda boleh melihat sejarah dagangan anda dalam akaun Binomo anda di bahagian “Trades”.

Sejarah dagangan anda akan menunjukkan perdagangan yang manakah memperoleh keuntungan dan yang manakah mengalami kerugian. Anda juga boleh melihat instrumen kewangan yang manakah telah membantu mencapai hasil yang positif, strategi yang manakah yang paling berkesan, dan bilakah masa yang paling optimum untuk berdagang.

Sebagai contoh, berdagang pasangan mata wang GBP/NZD daripada pukul 2 hingga 3 pagi boleh menghasilkan pendapatan tambahan untuk anda. Anda perlu menggunakan carta lilin (candlestick chart) dan strategi perdagangan “Night channel”. Maklumat ini membolehkan anda mengetahui bilakah masanya untuk mendagangkan pasangan mata wang tertentu itu. Teknik cara ini akan membantu anda membuat ramalan yang tepat pada masa hadapan.

Petua 4: Fikirkan semula dan ikut pelan perdagangan

trading plan
Semasa saya mula-mula melaksanakan perdagangan di Binomo, saya tidak tetap mengikut mana-mana pelan. Saya mahu berdagang dan memperoleh pendapatan tambahan dengan cepat, jadi saya memilih aset dan masa berdagang secara rawak. Walau bagaimanapun, aktiviti sedemikian hanya mengakibatkan kerugian. Saya mula berfikir tentang bagaimana pengguna Binomo yang berpengalaman melaksanakan perdagangan. Saya mendapati bahawa mereka sentiasa mempunyai pelan tertentu. Itulah sebenarnya perkara yang saya perlukan untuk berdagang dengan cekap.

Ini adalah beberapa perkara yang perlu dimasukkan dalam pelan anda:

  • berapa banyak yang saya perlu deposit;
  • berapa banyak wang yang saya akan laburkan dalam satu perdagangan;
  • akan menggunakan bonus untuk meningkatkan deposit;
  • rangka masa;
  • apakah strategi yang akan saya gunakan;
  • apakah jenis carta (lilin, bar, gunung, atau garis) dan penunjuk yang akan saya gunakan;
  • apakah aset yang dipilih untuk didagangkan;
  • bilakah saya akan mengeluarkan dana daripada akaun dan berapa banyak yang akan saya keluarkan.

Inilah nasihat saya kepada anda bagaimana untuk mendekati perdagangan dengan contoh-contoh yang jelas. Jangan takut untuk mencipta pelan yang sesuai dengan gaya perdagangan anda.

Jangan lupa bahawa sebarang perdagangan melibatkan risiko kehilangan dana. Belajar untuk menganalisa perdagangan masa lalu anda, jangan abaikan akaun demo Binomo, hasilkan pelan perdagangan anda, elakkan perdagangan jangka pendek dan sentiasa tingkatkan pengetahuan anda dengan memanfaatkan bahagian Pendidikan dan Strategi yang percuma untuk digunakan. Petua dan teknik cara yang mudah ini akan membantu anda mengurangkan risiko kerugian dana anda.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment