Cara untuk berjaya berdagang di Binomo

successfull trading Blog

Binomo adalah platform perdagangan antarabangsa yang membenarkan klien mendagangkan pelbagai aset termasuk komoditi, pasangan mata wang, dan lain-lain. Binomo telah beroperasi sejak tahun 2014 dan menawarkan perkhidmatannya kepada pedagang dari 130 buah negara. Walau bagaimanapun, kisah kejayaan penulis blog bukanlah perkara yang penting untuk berdagang di Binomo, tetapi prinsip asas yang dipegang oleh semua pedagang sebenar adalah perkara yang sebenarnya penting.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan beberapa peraturan yang akan membantu anda berdagang dengan berkesan di Binomo.

#1. Banyak mengkaji dan berlatih di akaun demo

binomo trading tips
Pasaran biasanya tidak menentu, jadi anda perlu mengkajinya secara berterusan. Dan perkara ini perlu dilakukan walaupun terdapat pelbagai jenis penunjuk, corak candlestick, dan strategi yang boleh menambah baik hasil perdagangan.

Platform Binomo menawarkan pelbagai sumber pendidikan merangkumi tutorial berbentuk teks dan video, blog, Pusat Bantuan (seperti Wikipedia untuk para pedagang), dan banyak lagi. Sumber-sumber ini boleh membantu anda mempelajari tentang aset-aset berbeza yang boleh anda dagangkan di Binomo dan bagaimanakah caranya untuk membuat ramalan yang betul tentang pergerakan harga aset.

Selain itu, akaun demo juga adalah cara yang sangat baik untuk mempelajari asas perdagangan dan membiasakan diri anda dengan platform itu. Binomo menawarkan akaun demo percuma yang mengandungi wang maya untuk semua pengguna berdaftar. Anda akan dapat memahami cara untuk berdagang di Binomo dan memilih strategi yang betul tanpa menghadapi risiko yang tinggi kehilangan pelaburan anda.

Binomo menggunakan mekanik Perdagangan Masa Tetap atau Fixed Time Trades (FTT). Pertimbangkan prinsip kerjanya:

  1. Pilih satu aset untuk didagangkan.
  2. Nyatakan jumlah yang anda laburkan dalam perdagangan.
  3. Tetapkan tempoh tamatnya (perdagangan tamat).
  4. Buat ramalan tentang pergerakan harga aset: sama ada harga akan naik atau turun.
  5. Tunggu hasilnya. Jika ramalan anda betul, anda akan mendapat pendapatan tambahan; jika tidak, anda akan kehilangan dana yang telah anda laburkan.

Nota! Untuk mengurangkan risiko kehilangan dana, adalah penting untuk mengkaji prinsip Binomo dengan teliti, pelajari cara untuk memilih strategi perdagangan yang sesuai untuk dagangan tertentu, dan tingkatkan kemahiran anda secara berterusan.

#2. Lebih tinggi baki akaun, lebih mudah untuk berdagang

tips for active trading
Apabila berdagang di Binomo, salah satu faktor paling kritikal ialah baki akaun anda. Lebih tinggi nilainya, lebih mudah untuk berdagang. Ianya berkait secara langsung dengan hakikat bahawa anda akan memiliki lebih banyak dana untuk dilaburkan dalam setiap perdagangan, dan anda akan dapat kekal berada di pasaran pada tempoh masa yang lebih panjang.

Fikirkannya dengan cara begini: Ianya tidaklah teruk sangat jika anda rugi $20 bila anda mempunyai $1,000 dalam akaun anda. Tetapi jika anda hanya memiliki $100, hal ini agak mengecewakan dan mendorong kepada kesalahan yang lain pula. Apatah lagi dalam kes pertama, anda mempunyai 50 kali percubaan untuk membetulkan situasi, dan dalam kes yang kedua, hanya 5.

Nota! Deposit minimum di Binomo ialah $10. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mendeposit lebih banyak untuk perdagangan yang jauh lebih selesa.

#3. Ikut strategi

trading tips for beginners
Apabila berdagang di Binomo, anda boleh menggunakan pelbagai strategi. Ini akan membantu mengurangkan risiko terhadap ramalan yang tidak tepat, memelihara dan meningkatkan pelaburan anda dalam perdagangan. Penting juga untuk diingat bahawa tiada strategi perdagangan yang dijamin akan membuahkan hasil. Anda juga harus menggunakan akaun demo Binomo untuk menentukan strategi yang manakah bersesuaian dengan gaya perdagangan anda.

Binomo mempunyai satu bahagian yang penuh dengan strategi yang diasingkan mengikut jenis pedagang iaitu pedagang pemula dan yang berpengalaman. Di sini, anda boleh mengetahui apa itu analisis teknikal, bilakah masa yang lebih baik untuk berdagang: siang atau malam, dll. Selain itu, selepas mempelajari strategi-strategi perdagangan, adalah penting untuk mengujinya di akaun demo Binomo.

#4. Ikut prinsip pengurusan pendapatan

successful traders
Pengurusan risiko adalah satu lagi aspek yang kritikal dalam perdagangan. Mengetahui tentang asas-asas pengurusan modal dan cara untuk berdagang di Binomo akan meminimumkan risiko kerugian dana dalam perdagangan.

Pertama, anda harus sentiasa merancang berapakah nilai yang anda sanggup laburkan dalam setiap perdagangan. Kedua, laburkan hanya sebahagian kecil daripada deposit dalam setiap perdagangan dan ini lebih baik. Peraturan biasa bagi pedagang adalah 1-2% untuk pedagang pemula atau 3-5% untuk mereka yang mahir dan berpengalaman.

#5. Kawal emosi anda

psychology trading
Apabila berdagang di Binomo atau platform perdagangan yang lain, adalah penting untuk mengawal emosi anda. Rasa tamak, takut dan berharap adalah emosi yang boleh mendorong kepada ramalan yang tidak betul.

Sekiranya anda membiarkan emosi menguasai pertimbangan anda, anda lebih berkemungkinan membuat ramalan yang akan menyebabkan kerugian dana. Sebaliknya, perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah fokus dalam memilih satu strategi perdagangan Binomo dan mengawal emosi anda. Ini akan meminimumkan risiko kewangan.

#6. Menganalisis pasaran

tips for trading
Satu lagi perkara yang penting untuk diingat ialah menganalisis pasaran secara kerap. Ini bermakna anda akan sentiasa dikemaskini dengan berita-berita terkini dan data ekonomi. Analisis pasaran akan membolehkan anda memahami pergerakan harga aset masa hadapan dengan lebih baik, memilih strategi perdagangan yang sesuai dan membuat ramalan yang tepat.

#7. Bertanggungjawab terhadap perdagangan anda

trading plan
Binomo adalah pilihan terunggul bagi mereka yang mencari platform perdagangan yang mudah dan boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, Binomo tidak mencipta kisah-kisah kejayaan; andalah yang bertanggungjawab terhadap hasil perdagangan anda.

Secara khususnya, anda perlu menggunakan perkakas pengurusan risiko, mengikut prinsip-prinsip pengurusan pendapatan, mengawal emosi anda, memastikan diri sentiasa dikemaskini dengan berita-berita terkini dan data ekonomi dengan menganalisis pasaran, dan menguji strategi-strategi yang ingin digunakan dalam akaun demo Binomo. Dengan mengikuti petua dan strategi-strategi perdagangan, risiko kerugian dana akan dapat dikurangkan.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment