Setiap strategi perdagangan Binomo adalah berdasarkan analisis selepas membaca carta. Carta yang paling popular di platform Binomo ialah Candle atau Lilin yang merangkumi badan dan bayang. Mari kita pelajari cara untuk berdagang dengan berkesan di Binomo dengan menggunakan teknik bayang candlestick Jepun.
Mengenai candlestick Jepun
Candlestick Jepun ialah suatu alat analisis teknikal yang membantu para pedagang dalam membaca dan menganalisis pergerakan harga suatu aset. Carta candlestick yang ada di Binomo menunjukkan beberapa lilin yang bergerak secara berterusan dalam warna dan saiz yang berbeza. Lilin yang berwarna merah adalah bearish atau menurun, dan yang berwarna hijau adalah bullish atau menaik.
Pada carta candlestick Binomo, anda boleh melihat badan dan bayang lilin. Badan ialah bahagian yang lompong atau berisi di tengah-tengah. Garisan yang berada di atas dan bawah badan adalah bayang untuk candlestick itu. Teknik carta candlestick menggunakan sumbu atau bayang candlestick untuk memberikan analisis terperinci mengenai arah pergerakan harga sesebuah aset itu kepada pedagang Binomo.
Bayang menunjukkan ke manakah harga aset itu berubah yang relatif kepada harga pembukaan dan penutup. Candlestick yang mempunyai bayang memberikan isyarat perdagangan dalam dua kes:
- Harga bergerak ke sisi dan mencapai paras sokongan/rintangan;
- Harga berjaya menembusi paras sokongan/rintangan. Ia membentuk trend dan sekali lagi menguji paras tersebut.
Sebagai sebahagian daripada pendidikan di Binomo, anda boleh melihat bagaimana carta candlestick terbentuk, terima kasih kepada akaun demo.
Berdagang dengan bayang lilin di Binomo
Kini anda sudah mengetahui tentang candlestick Jepun, mari kita lihat bagaimana anda boleh menggunakan bayang-bayangnya dalam strategi perdagangan Binomo anda:
- Log masuk ke akaun Binomo anda dan pilih satu aset untuk didagangkan.
- Pada sebelah kiri skrin, anda akan melihat empat ikon yang mewakili rangka masa (timeframe), jenis carta, alat perdagangan, dan alat melukis.
- Klik pada ikon ‘jenis carta’, dan pilih Candle atau Lilin daripada empat pilihan yang diberikan. Candlestick merah dan hijau akan dipaparkan pada skrin.
- Pilih rangka masa (timeframe) (daripada 5 saat hingga satu jam).
- Pilih penunjuk (indicator) yang anda ingin gunakan untuk analisis.
Seperti yang kami katakan, terdapat dua situasi di mana anda boleh menggunakan bayang candlestick untuk menentukan bilakah masanya untuk memasuki perdagangan. Mari kita lihat situasi-situasi yang biasanya timbul apabila berdagang di Binomo menggunakan carta candlestick.
Nota! Carta 5-minit adalah julat masa yang paling banyak dipilih apabila menggunakan teknik bebayang candlestick di Binomo.
Situasi 1. Harganya bergerak ke sisi atau mendatar
Trend pergerakan ke sisi ialah apabila harga bergerak secara horizontal atau mendatar disebabkan daya yang sama rata antara bekalan dan permintaan. Dalam trend pergerakan ke sisi, harga bergerak dalam band yang sempit, tidak menaik (ke atas) mahupun menurun (ke bawah). Hal ini biasanya berlaku semasa penyatuan, dan harga cenderung ke arah trend sebelumnya atau bertentangan. Trend harga ke sisi juga dikenali sebagai “terikat julat” (“range-bound“) atau “trend horizontal”.
Bayang candlestick yang panjang biasanya muncul di penghujung trend sebelum harganya terbalik atau mengundur, membentuk trend baru dalam arah yang bertentangan. Bayang candlestick yang pendek pula menunjukkan bahawa kebanyakan aktiviti perdagangan aset tersebut berlaku antara harga pembukaan dan penutup bagi tempoh itu.
Situasi apabila ianya berbaloi untuk membuka kedudukan beli ialah:
- Lukis garisan sokongan apabila harga bergerak ke sisi bagi melihat isyarat untuk membuka dagangan.
- Tunggu sehingga candlestick dengan bayang bawah yang panjang bergerak menurun menyentuh garisan sokongan anda.
Situasi yang bertentangan ialah apabila sebatang lilin dengan bayang atas yang panjang bergerak menaik muncul pada paras rintangan. Dalam kes ini, adalah berbaloi untuk membuka perdagangan pendek.
Nota! Sekiranya anda menggunakan carta 5-minit, masa tamat tempoh perdagangan yang sepatutnya adalah 5 minit.
Situasi 2. Penembusan zon-zon bermakna
Penembusan merujuk kepada situasi dimana sesebuah aset itu menembusi kawasan rintangan. Penembusan adalah penunjuk yang penting yang mengesahkan arah pergerakan harga. Contohnya, penembusan menaik suatu lilin mungkin menunjukkan bahawa harga akan mula bergerak lebih tinggi. Anda patut membuka kedudukan pendek apabila harga menyentuh bayang candlestick sebelumnya yang menurun, yang paling hampir dengan titik penembusan.
Kesimpulan
Strategi perdagangan candlestick Binomo untuk perdagangan masa tetap (fixed-time trade) adalah yang paling banyak digunakan. Ianya praktikal dan salah satu teknik terbaik yang boleh didapati di platform Binomo. Paparan carta lilin menawarkan pandangan menyeluruh yang pantas berdasarkan warna, saiz, dan bilangan lilin. Ia dapat membantu pedagang untuk memasuki perdagangan pantas dan mendapat peluang untuk memperolah pendapatan tambahan. Untuk melihatnya, pergi ke akaun demo sekarang.
Jangan lupa bahawa perdagangan sentiasa melibatkan risiko kehilangan dana. Sebelum bertukar ke akaun sebenar, anda mesti mempelajari cara untuk memilih penunjuk terbaik, membaca bayang lilin, dan uji strategi perdagangan menggunakan akaun demo Binomo anda.














