Penunjuk Indeks Saluran Komoditi (CCI) di Binomo

cci index Strategi-strategi

Penunjuk Indeks Saluran Komoditi atau Commodity Channel Index (CCI) mempunyai beberapa kegunaan dalam perdagangan. Ia boleh digunakan untuk mengenal pasti trend serta postensi berlakunya balikan. Penunjuk CCI indicator juga boleh digunakan untuk menjana isyarat beli dan jual. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan bagaimana cara untuk menggunakan penunjuk CCI di platform dagangan Binomo.

Apa itu penunjuk CCI?

cci indicator binomo
Indeks Saluran Komoditi atau Commodity Channel Index (CCI) ialah penunjuk momentum yang telah diperkenalkan oleh Donald Lambert pada tahun 1980. CCI mengukur perbezaan antara harga sekuriti dan purata bergeraknya.

Ia digunakan untuk mengenal pasti keadaan terlebih beli dan terlebih jual di pasaran. Penunjuk CCI berbolak-balik antara paras tetap daripada -100 ke +100. Ia memberi isyarat tentang keadaan terlebih beli dan terlebih jual apabila is jatuh di bawah paras -100 atau meningkat melebihi nilai +100.

CCI adalah alat yang popular di kalangan pedagang Binomo yang menggunakan analisis teknikal.

Bagaimanakah penunjuk CCI berfungsi?

how CCI works
Penunjuk CCI mengira beza antara harga semasa dan harga purata dalam suatu tempoh masa tertentu. CCI kemudian membahagi beza ini min sisihan mutlak; ia adalah pengukur turun naik. Nombor yang terhasil ini kemudiannya diplotkan pada skala antara -100 hingga +100.

Bacaan di atas +100 menunjukkan bahawa harga melebihi purata, mencadangkan bahawa harga akan mengalami pembetulan. Manakala bacaan di bawah -100 menunjukkan bahawa harga sedang berada di bawah purata, mencadangkan bahawa harga akan mengalami rali.

CCI boleh digunakan pada mana-mana rangka masa, tetapi rangka masa yang lebih pendek akan menghasilkan lebih banyak isyarat palsu berbanding rangka masa yang lebih panjang. Sama seperti semua penunjuk yang lain, adalah penting untuk menggunakan CCI bersama-sama dengan penunjuk teknikal dan/atau corak carta yang lain untuk mengesahkan isyarat dagangan.

Strategi perdagangan menggunakan penunjuk CCI

Anda boleh menggunakan penunjuk CCI pabila berdagang dalam talian dalam beberapa cara yang berbeza. Salah satu strategi perdagangan yang popular di Binomo ialah mencari perbezaan atau pencapahan antara CCI dan tindakan harga. Ini boleh digunakan sebagai isyarat bahawa trend semasa bakal berbalik.

Satu lagi strategi ialah menggunakan penunjuk CCI untuk mengenal pasti keadaan terlebih beli atau terlebih jual dalam pasaran. CCI boleh digunakan sebagai penunjuk pendahulu, memberikan isyarat sebelum tindakan harga mengesahkan perubahan arah.

Akhir sekali, sesetengah pedagang menggunakan CCI bersama-sama dengan penunjuk yang lain, seperti paras sokongan dan rintangan untuk membantu mengesahkan isyarat perdagangan.

Mari kita lihat 2 strategi terbaik yang anda boleh gunakan untuk berdagang di Binomo. Tetapan: carta candlestick 5 minit. Masuk dagangan di Binomo dengan masa tamat 10 minit atau lebih.

Pencapahan CCI digabungkan dengan corak candlestick balikan

Penting untuk melihat 2 isyarat di sini:

  1. Pencapahan CCI.
  2. Pencapahan berakhir dalam corak candlestick balikan.

Mari kita lihat dengan lebih dekat pada waktu bilakah untuk membuka dagangan naik atau turun.

how-to-trade-using-cci-1

Buka dagangan NAIK = Balikan bullish pencapahan CCI + Bullish Harami.

how-to-trade-using-cci-2

Buka dagangan TURUN = Balikan bearish pencapahan CCI + corak candlestick Evening Star.

CCI digabungkan dengan Bollinger Bands

Bollinger Bands digabungkan dengan CCI meningkatkan ketepatan perdagangan. Mari kita ketahui isyarat apakah yang anda harus perhatikan.

how-to-trade-using-cci-3

Buka dagangan NAIK = Harga jatuh di bawah band yang lebih rendah pada Bollinger Bands + CCI dalam zon terlebih jual.

Buka dagangan TURUN = Harga naik di atas band yang lebih tinggi pada Bollinger Bands + CCI dalam zon terlebih beli.

Kesimpulan

CCI adalah penunjuk momentum yang diperkenalkan oleh Donald Lambert pada tahun 1980. Ia mengukur perbezaan antara harga sekuriti dan purata bergeraknya. Penunjuk CCI boleh digunakan untuk mengenal pasti keadaan terlebih beli dan terlebih jual di pasaran. Dengan melihat pelbagai petunjuk, anda boleh meningkatkan kebarangkalian ramalan yang betul semasa berdagang di Binomo. Dan ingat bahawa perdagangan sentiasa berisiko, jadi kami mengesyorkan anda mencuba penunjuk ini pada akaun demo terlebih dahulu.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment