Artikel ini akan membawakan ulasan secara mendalam tentang corak candlestick Bintang Pagi atau Morning Star untuk mendidik anda bagaimana untuk menguasai strategi perdagangan di platform Binomo. Ia juga meliputi mengenali corak-coraknya untuk mengetahui masa yang ideal untuk berdagang.
Apa itu corak Candlestick Bintang Pagi?
Bintang Pagi ialah salah satu corak candlestick yang paling terkenal dengan titik paling rendah dalam trend menurun di Binomo. Ia adalah corak visual yang mengandungi tiga batang lilin yang diinterpretasikan sebagai isyarat bullish atau menaik. Bintang Pagi terbentuk selepas trend menurun yang menunjukkan permulaan pendakian dalam carta. Ia adalah isyarat pembalikan dalam trend harga sebelumnya. Pedagang memerhatikan pembentukan Bintang Pagi dan mendapatkan pengesahan bahawa pembalikan sememangnya sedang berlaku dengan menggunakan penunjuk tambahan.
Persediaan
Apabila membuat persediaan untuk menggunakan corak candlestick Bintang Pagi di Binomo, perlu diingat bahawa masa tamat tempoh ialah 15 minit atau lebih. Sebagai tambahan, sediakan carta candlestick Jepun 5-minit. Aset-aset yang terlibat termasuk AUD/USD, EUR/USD, dan USD/JPY.
3 Batang Lilin
Corak candlestick Bintang Pagi mudah dikenali pada carta Binomo kerana ia terdiri daripada tiga batang liling. Secara visual, corak itu terdiri daripada tiga batang lilin berikut:
- Batang lilin yang tinggi berwarna merah menunjukkan bahawa harga turun secara mendadak.
- Batang lilin merah atau hijau yang lebih kecil dengan badan yang pendek dan sumbu yang panjang – ianya adalah candlestick Doji atau Spinning Top. Ini adalah zon sokongan dimana harga berhenti menjunam dan bersedia untuk trend menaik.
- Batang lilin ketiga yang tinggi dan berwarna hijau – ia mestilah sekurang-kurangnya ½ daripada panjang lilin yang pertama tadi, maka itu menunjukkan trend menaik.
Lilin yang berada di tengah-tengah corak menangkap suatu saat yang mana pasaran mengalami ketidakpastian, di mana bear mula memberi laluan kepada bull. Lilin ketiga mengesahkan pembalikan itu dan boleh menjadi tanda trend menaik yang baru.
Nota! Bintang Pagi atau Morning Star ialah corak tiga lilin dengan titik yang rendah pada lilin kedua. Ketiga-tiga lilin ini bergabung menjadi bentuk U, menunjukkan peralihan arah trend.
Formula untuk membuka dagangan
Memahami corak Bintang Pagi termasuk mengetahui formula untuk membuka dagangan. Formulanya ialah:
NAIK (UP) = Harga jatuh ke zon sokongan + Corak candlestick Bintang Pagi
Corak candlestick Bintang Pagi dicipta dalam zon sokongan apabila harga jatuh ke dalam kawasan yang mempunyai lilin bearish. Seterusnya, batang lilin Spinning Top (Gasing Berpusing) pada carta Binomo menunjukkan reaksi harga terhadap paras itu. Akhirnya, batang lilin ketiga menandakan bahawa pedagang sedang mengambil alih dan harganya akan meningkat sekali lagi.
Pengurusan Modal
Apabila menggunakan strategi perdagangan ini di Binomo, sentiasa gunakan kaedah pengurusan modal yang klaskik. Ini kerana pedagang membuka dagangan dengan jumlah dana yang sama.
Bintang Pagi atau Morning Star adalah salah satu corak yang sangat dikenali dalam kalangan pengguna Binomo kerana ianya sangat tepat; oleh itu, ia sering digunakan dalam strategi perdagangan. Walau bagaimanapun, ia tidak selalu muncul pada carta harga, jadi kaedah pengurusan wang adalah cara yang paling masuk akal.
Titik Kemasukan
Terdapat dua titik kemasukan apabila berdagang dengan corak candlestick Bintang Pagi di Binomo:
- Bukaan pertama ialah selepas trend bearish yang kuat dimana harga menyentuh zon sokongan dan membentuk corak candlestick itu. Di titik ini, pedagang boleh membuka dagangan UP (NAIK) dengan waktu tamat tempoh 30 minit, yang mana selepas itu tempohnya tamat. Dagangan dibuka pada jam 15:30 dan kemudian ditutup pada jam 16:00.
- Titik kemasukan kedua ialah apabila harga meningkat di atas paras rintangan. Selepas itu, ia akan melantun semula menjauhi paras rintangan (harganya kini berada di zon sokongan). Di titik ini, para pedagang boleh membuka dagangan UP (NAIK) dengan masa tamat tempoh 25 minit, yang mana selepas itu tempohnya tamat. Dagangan dibuka pada jam 17:35 dan kemudian ditutup pada jam 18:00.
Nota! Titik kemasukan terbaik ialah pada pembukaan lilin yang seterusnya selepas corak itu lengkap pada carta Binomo. Bagi pedagang konservatif, adalah lebih baik untuk masuk selepas penutupan satu lagi lilin bagi memastikan tindakan harganya.
Had/Batasan
Berdagang semata-mata pada corak visual adalah berisiko. Corak Bintang Pagi seharusnya disahkan oleh volum dan satu lagi penunjuk tambahan yang lain. Itulah cara terbaik yang paling berkesan. Jika ini tidak dilakukan, bintang pagi akan terbentuk bilamana lilin kecil muncul dalam trend menurun, yang mungkin mengelirukan bagi pedagang.
Kesimpulan
Ramai pedagang Binomo menggunakan corak candlestick Bintang Pagi dalam strategi perdagangan mereka. Ia adalah salah satu daripada corak yang asas dan mudah untuk dipelajari. Untuk menguji corak candlestick ini di Binomo, buka akaun demo. Ia membolehkan anda menguji corak tersebut sebelum berdagang dalam masa nyata. Anda juga boleh menyemak bahagian pendidikan Binomo untuk maklumat lanjut tentang penunjuk dan strategi-strategi perdagangan.













