Binomo mempunyai matlamat untuk mencipta platform perdagangan bertaraf dunia untuk para penggunanya yang datang dari pelbagai negara. Oleh itu, pelbagai kaedah pembayaran yang tersedia di platform dalam talian untuk mendeposit dan membuat pengeluaran. Mari kita lihat apakah kaedah deposit yang tersedia di negara-negara yang berbeza untuk menambah dana ke akaun Binomo anda dan bagaimanakah cara untuk mengelakkan masalah yang mungkin boleh berlaku.
- Bagaimanakah cara untuk mendeposit dengan kad bank?
- India
- Turkiye dan Timur Dekat
- Negara-negara Arab
- Negara-negara Latam dan Brazil
- Ukraine
- Kazakhstan
- Soalan Lazim (FAQ)
- Adakah ianya selamat untuk menghantar dana anda?
- Bagaimanakah cara untuk mendeposit dengan kad yang tidak diperibadikan?
- Tidak dapat mendeposit dengan kad bank, apakah yang patut saya lakukan?
- Deposit saya tidak berjaya, apakah yang patut saya lakukan?
- Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk dana didepositkan ke dalam akaun saya?
- Bagaimanakah caranya untuk saya membiayai akaun saya dengan kad (e-dompet) dalam mata wang yang berbeza?
- Adakah Binomo mengenakan caj kerana mendeposit?
- Bolehkah saya membuat deposit dengan kad yang bukan milik saya?
- Bilakah dana akan dikreditkan ke akaun saya?
Bagaimanakah cara untuk mendeposit dengan kad bank?
Mendeposit dana ke akaun Binomo anda melalui mana-mana kad bank adalah agak mudah. Anda boleh menggunakan kad bank peribadi (dengan nama anda) atau kad bank yang tidak diperibadikan (tanpa nama anda). Tambahan lagi, anda mungkin boleh menggunakan kad yang mempunyai mata wang yang berbeza daripada yang anda gunakan untuk akaun Binomo anda (INR, KZT, dan lain-lain).
Apabila anda telah bersedia untuk mendepositkan wang ke akaun Binomo, anda boleh mengikuti garis panduan mudah ini untuk meneruskannya:
- Buka papan pemuka akaun Binomo anda dan cari butang “Deposit”.
- Klik butang tersebut dan gunakan menu lungsur turun untuk memilih “Country” (Negara) anda atau wilayah.
- Pilih penyedia perkhidmatan kad anda daripada senarai yang diberikan, seperti VISA atau MasterCard.
- Sekarang anda perlu memilih jumlah deposit. Anda boleh memilih jumlah yang disyorkan atau menaip jumlahnya mengikut keperluan anda.
- Isikan butiran penting kad anda: nama pemegang kad, nombor, CSC, tarikh luput.
- Klik “Pay” (Bayar).
- Anda akan menerima notifikasi tekan atau kod pengesahan melalui mesej test/SMS di telefon bimbit anda. Tekan notifikasi atau masukkan kod untuk menyelesaikan transaksi.
Tunggu beberapa saat untuk transaksi tersebut selesai. Anda akan diarahkan semula ke halaman yang menunjukkan butiran transaksi anda. Pergi semula ke papan pemuka untuk mula menggunakan dana yang telah dimasukkan. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendepositkan dana di Binomo, hubungi pasukan sokongan.
Nota! Anda boleh menjejaki transaksi anda dan/atau menyemak status transaksi anda dengan mengklik pada butang “Transaction History” (Sejarah Transaksi).
Ingat bahawa walaupun anda boleh menggunakan kad bank yang tidak diperibadikan untuk mendeposit dana ke dalam akaun Binomo anda, anda perlu mengesahkan pemilikan kad tersebut. Bagi tujuan ini, anda mungkin perlu memberikan salah satu daripada dokumen tambahan berikut kepada pasukan sokongan Binomo:
- Rujukan bank yang mempunyai tandatangan/cop rasmi.
- Penyata bank yang dikeluarkan oleh bank anda yang mempunyai tandatangan/cop rasmi.
- Tangkapan layar daripada aplikasi bank atau laman web yang mengesahkan bahawa anda memiliki akaun tersebut.
Binomo membolehkan deposit dilakukan secara percuma, iaitu tanpa yuran dan dana biasanya akan muncul dan terpapar dalam akaun anda dalam masa satu jam. Dalam sesetengah kes, ia mungkin mengambil masa selama beberapa jam atau malah beberapa hari untuk dana dikreditkan ke akaun anda.
Sekiranya anda berhadapan dengan masalah sedemikian, hubungi penyedia kad anda dan baca mengenai peraturan khusus berhubung dengan proses pembayaran di negara anda. Dalam hampir semua kes, kelewatan adalah disebabkan oleh bank, dan biasanya kerana peraturan khusus negara tersebut.
Nota! Anda perlu tahu bahawa versi bahasa Inggeris bagi laman tersebut tersedia untuk semua negara/wilayah
Perenggan yang berikutnya akan menerangkan tentang arahan untuk mendeposit tunai menurut peraturan khusus negara tertentu.
India
Binomo sangat popular di India. Pedagang boleh mendeposit dana di Binomo menggunakan Mastercard/Maestro dengan mengikuti arahan di atas. Untuk pilihan deposit tambahan yang tersedia untuk pedagang India (e-dompet, perbankan internet), lihat bahagian berikutnya.
Turkiye dan Timur Dekat
Sekiranya anda mempunyai kerakyatan Turkiye dan alamat IP Turkiye yang sah, anda boleh menggunakan pilihan pembayaran ini: VISA dan Mastercard / Maestro untuk mendeposit dana ke dalam akaun Binomo anda. Semua langkah yang lain semasa mendeposit dana adalah serupa dengan langkah yang telah diterangkan sebelum ini.
Penting untuk anda beri perhatian mengenai tiga perkara ini apabila anda menambah dana:
- Anda hanya dibenarkan untuk membuat 5 transaksi dalam sehari.
- Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas deposit pertama anda untuk membuat deposit yang seterusnya.
- Apabila anda menambah dana ke dalam akaun anda, anda hanya boleh menggunakan 1 ID Turkiye.
Perkara yang sama terpakai untuk negara lain di wilayah Timur Dekat.
Negara-negara Arab
Perdagangan telah tersebar secara meluas di negara-negara Arab. Banyak akaun Binomo dipegang dan dikendalikan oleh penduduk negara Arab, seperti di Qatar, UAE, dan Arab Saudi. Anda boleh memilih daripada beberapa pengeluar kad bank untuk menyelesaikan transaksi deposit di wilayah Arab. Ini mungkin termasuk Mastercard / Maestro.
Untuk pilihan deposit yang lain, rujuk perenggan yang selanjutnya hingga akhir. Anda mesti mengikuti langkah yang sama seperti yang telah diterangkan sebelum ini di platform untuk mendepositkan wang tunai ke dalam akaun Binomo anda.
Negara-negara Latam dan Brazil
Katakan anda ialah penduduk negara-negara Amerika Latin, seperti Mexico, Brazil, dan Argentina. Sekiranya benar demikian, anda mungkin boleh mendepositkan dana di Binomo menggunakan mana-mana kad yang disediakan oleh bank tempatan anda. Sekali lagi, kad yang boleh digunakan mungkin yang diperibadikan atau yang tidak diperibadikan.
Sila rujuk bahagian selanjutnya untuk pilihan deposit yang lain, seperti e-dompet. Untuk menambah wang ke akaun Binomo anda, ulangi langkah di atas.
Nota! Tidak semua negara Amerika Latin yang mempunyai pilihan mendeposit di Binomo dengan menggunakan kad bank.
Ukraine
Warganegara Ukraine boleh menambahkan jumlah dana dalam akaun Binomo mereka menggunakan kad bank. Apa yang anda perlukan hanyalah kad bank yang sah, yang dikeluarkan oleh bank tempatan dan disokong oleh kad dari jenama utama seperti VISA atau MasterCard.
Untuk membuat deposit menggunakan kad bank yang dikeluarkan oleh bank Ukraine, ikuti langkah-langkah ini:
- Klik pada butang “Deposit” berwarna kuning di sebelah ikon profil.
- Pilih “Ukraine” di bahagian “Country” (Negara).
- Pilih kaedah deposit: VISA atau MasterCard/Maestro.
- Masukkan jumlah untuk dideposit.
- Isikan butiran kad bank anda (Nombor Kad, Tarikh Luput, CVV2) dan klik butang “Pay Now” (Bayar Sekarang).
- Sahkan pembayaran dengan kata laluan satu kali (OTP) yang diterima melalui mesej SMS.
Sebaik sahaja dana anda dikreditkan ke akaun Binomo anda, anda akan dihalakan semula ke halaman yang menunjukkan jumlah pembayaran, tarikh, dan ID transaksi.
Kazakhstan
Pemegang kad bank Kazakhstan juga boleh mendeposit dana ke akaun Binomo mereka. Mereka bolah melakukannya dengan Mastercard/Maestro dan VISA/MasterCard P2P.
Sekiranya anda memilih jenis kad kedua, ikuti arahan berikut untuk mendeposit dana di Binomo:
- Pergi ke profil anda di laman www.binomo.com dan pilih bahagian “Cashier” (Juruwang).
- Klik “Deposit Fund” (Deposit Dana) dan klik pada “VISA/MasterCard P2P”.
- Masukkan jumlah dan klik “Deposit”.
- Anda akan diarahkan semula ke halaman sistem pembayaran, di mana anda mesti memilih bank daripada senarai yang diberikan
- Klik “Confirm” (Sah) dan “Payment Completed” (Pembayaran selesai) (anda mempunyai 25 minit untuk proses ini).
Nota! Anda boleh meningkatkan jumlah deposit anda dengan bonus atau kupon. Jumlah bonus bergantung kepada status akaun anda.
Soalan Lazim (FAQ)
Sekiranya anda masih tidak jelas mengenai beberapa aspek dalam mendepositkan dana di Binomo, jawapan pendek berikut untuk beberapa soalan yang paling kerap ditanya terbukti boleh membantu.
Adakah ianya selamat untuk menghantar dana anda?
Adalah selamat untuk menghantar dana melalui bahagian “Cashier” (Juruwang) atau butang “Deposit” di www.binomo.com. Syarikat ini hanya bekerja dengan penyedia perkhidmatan pembayaran yang terbukti dan boleh dipercayai, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Tambahan pula, penyedia perkhidmatan pembayaran mematuhi semua piawaian perlindungan dan keselamatan data peribadi tempatan dan antarabangsa. Ini termasuk 3D Secure dan standard PCI (digunakan oleh VISA dan beberapa yang lain). Oleh itu, data anda sentiasa selamat, dan anda boleh mendepositkan wang di Binomo tanpa perlu risau tentang keselamatan.
Bagaimanakah cara untuk mendeposit dengan kad yang tidak diperibadikan?
Di Binomo, anda boleh mendepositkan menggunakan kad yang tidak diperibadikan, iaitu, kad bank yang dimiliki oleh anda tetapi tidak mempunyai nama anda di atasnya. Walau bagaimanapun, beberapa langkah tambahan mesti diambil apabila menggunakan kad bank jenis ini.
Anda perlu mengesahkan bahawa anda sememangnya pemilik kad yang tidak diperibadikan itu. Hantar salah satu dokumen berikut kepada pasukan sokongan Binomo untuk mengesahkan pemilikan kad anda:
- Rujukan dari bank dengan tandatangan / cop rasmi.
- Penyata bank yang dikeluarkan oleh bank anda dengan tandatangan/cop rasmi.
- Tangkapan skrin daripada akaun bank anda dalam aplikasi atau laman web.
Pastikan nama dan nombor kad dapat dilihat pada dokumen. Untuk menghantar dokumen ke support@binomo.com, gunakan e-mel yang anda nyatakan semasa mendaftar di platform.
Tidak dapat mendeposit dengan kad bank, apakah yang patut saya lakukan?
Jika anda tidak dapat menambah wang ke Binomo dengan kad bank, cuba petua berikut:
- Pastikan negara tempat tinggal anda dinyatakan dengan betul dalam profil dan pesanan pembayaran anda. Ia sepatutnya sama dengan kediaman pemegang kad
- Semak bahawa anda telah memilih jenama kad yang betul. Sebagai contoh, anda mungkin tersalah memilih Mastercard, walaupun jenama kad anda adalah VISA.
- Semak semula dan pastikan semua butiran akaun seperti Nombor Kad, Tarikh Tamat Tempoh dan CVC adalah betul.
- Hubungi penyedia kad atau pengendali mudah alih anda jika anda tidak menerima kod pengesahan melalui SMS. Jika anda menerimanya, pastikan kod dimasukkan dengan betul.
- Gunakan pelayar lain atau kosongkan cache anda jika isu masih berlanjutan.
Sekiranya anda masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini, hubungi pasukan sokongan Binomo atau pilih kaedah pembayaran lain seperti e-dompet atau perbankan internet.
Deposit saya tidak berjaya, apakah yang patut saya lakukan?
Masalah ini jarang berlaku tetapi masih boleh berlaku atas pelbagai sebab.
1) Dana belum didebitkan dari Dompet atau Kad anda.
Sebab yang paling biasa ialah pembayaran anda belum selesai dan mungkin mengambil sedikit masa (sehingga 3 hari bekerja) untuk memprosesnya. Walau bagaimanapun, jika pembayaran anda ditolak, penyedia perkhidmatan akan memberitahu anda sebab penolakan itu supaya anda dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Sekiranya pembayaran tidak selesai selama lebih dari 7 hari, hubungi pasukan sokongan Binomo atau penyedia perkhidmatan anda untuk mendapatkan bantuan dan panduan mengenai cara menyelesaikan transaksi.
2) Dana telah didebitkan tetapi tidak dikreditkan ke Binomo.
Dalam kes ini, Binomo mengesyorkan agar anda menunggu satu hari bekerja. Tetapi jika masalah masih berterusan, hubungi pasukan sokongan Binomo melalui e-mel, menghantar bukti pembayaran seperti ID transaksi, nombor akaun, dan tangkapan skrin.
Jika anda melihat status pembayaran anda sebagai “Pending” (Belum Selesai), ikut langkah ini:
- Periksa sama ada anda telah mengikuti arahan dengan betul untuk mendepositkan dana ke Binomo. Ia boleh didapati di Pusat Bantuan di bawah “Deposit”.
- Hubungi bank / penyedia perkhidmatan dompet digital anda untuk membantu jika pembayaran anda mengambil masa lebih lama daripada satu hari bekerja untuk diproses.
- E-mel support@binomo.com jika dana belum dikreditkan ke akaun anda dan penyedia pembayaran anda telah memastikan bahawa semuanya teratur.
Anda boleh menyemak bahagian sejarah transaksi dalam akaun anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai semua transaksi yang lalu. Bahagian “Transaction History (Sejarah Transaksi) terletak di “Cashier” (Juruwang) jika anda berdagang melalui laman web www.binomo.com. Jika anda menggunakan aplikasi mudah alih, buka menu sebelah kiri, pilih bahagian “Balance” (Baki) dan lihat sejarah transaksi.
Sekiranya status deposit anda ialah “Rejected” (Ditolak) atau “Error” (Ralat), klik pada deposit yang ditolak untuk mengetahui sebabnya. Cuba hapuskan puncanya dan lakukan deposit sekali lagi. Jika ralat masih berterusan, e-mel ke support@binomo.com.
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk dana didepositkan ke dalam akaun saya?
Sebaik sahaja anda melengkapkan transaksi, ia diberikan status “Pending” (Belum Selesai). Ini menunjukkan bahawa penyedia perkhidmatan pembayaran sedang memproses pembayaran tersebut. Dalam kebanyakan kes, dana anda muncul dalam akaun anda dalam masa sejam. Tetapi kadang-kadang, disebabkan oleh peraturan sesebuah negara atau batasan pemprosesan, ia mungkin mengambil masa sehingga 6-8 jam.
Ingat bahawa masa pemprosesan maksimum bagi kebanyakan penyedia perkhidmatan pembayaran adalah 3-5 hari bekerja, yang biasanya jarang mengambil masa selama itu. Walau bagaimanapun, pembayaran anda mungkin bertembung dengan cuti umum dan mungkin terlewat selama beberapa hari. Dalam kes ini, hubungi penyedia perkhidmatan anda untuk mengetahui status sebenar pembayaran anda dan kemungkinan masa yang dijangkakan diperlukan untuk menyelesaikan transaksi.
Bagaimanakah caranya untuk saya membiayai akaun saya dengan kad (e-dompet) dalam mata wang yang berbeza?
Anda tidak perlu risau jika kad atau dompet anda berada dalam mata wang yang berbeza. Teruskan dengan kaedah pembayaran biasa iaitu melalui bahagian “Cashier” (Juruwang) di laman web www.binomo.com atau “Balance” (Baki) dalam aplikasi. Dana anda akan ditukar kepada mata wang akaun Binomo secara automatik.
Selain itu, sila ambil perhatian bahawa Binomo tidak mengenakan sebarang yuran penukaran mata wang. Walau bagaimanapun, sedikit yuran mungkin akan dikenakan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui perkara ini daripada penyedia perkhidmatan anda sebelum membayar.
Tambahn pula, sebelum pembayaran anda diproses, Binomo akan menunjukkan kepada anda jumlah yang ditukar dalam mata wang sasaran. Ia memastikan pengambilan keputusan yang lebih baik oleh pengguna.
Adakah Binomo mengenakan caj kerana mendeposit?
Binomo tidak mengenakan yuran atau komisen apabila anda mendepositkan dana ke akaun Binomo. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya. Apabila anda menambah nilai akaun anda, anda boleh mendapatkan bonus. Jumlah bonus deposit bergantung kepada status akaun anda dan boleh mencapai sehingga 100% untuk Standard, sehingga 150% untuk Emas, dan sehingga 200% untuk VIP.
Walau bagaimanapun, sesetengah penyedia perkhidmatan pembayaran mungkin mengenakan yuran di pihak mereka untuk memindahkan dana. Perkara ini benar terutamanya jika kaedah pembayaran dan akaun Binomo anda dikendalikan dalam mata wang yang berbeza. Dalam kes sedemikian, penyedia perkhidmatan mungkin mengenakan yuran penukaran tertentu.
Nota! Pastikan anda periksa butirannya dengan penyedia perkhidmatan pembayaran anda berkaitan sebarang yuran yang mungkin dikenakan.
Bolehkah saya membuat deposit dengan kad yang bukan milik saya?
Jawapan yang jelas dan langsung kepada soalan ini adalah TIDAK.
Menggunakan kad orang lain atau kaedah pembayaran lain adalah dilarang sama sekali mengikut Perjanjian Pelanggan. Pastikan mana-mana kad atau e-dompet yang anda gunakan untuk mendepositkan dana di Binomo adalah milik anda.
Anda masih boleh menggunakan kad yang tidak diperibadikan sebagai kaedah deposit. Ingat, kad yang tidak diperibadikan tidak mempunyai nama anda di atasnya, tetapi ia adalah milik anda. Apabila membuat transaksi, anda perlu mengesahkan pemilikan kad anda untuk transaksi selesai.
Bilakah dana akan dikreditkan ke akaun saya?
Ia mungkin bergantung kepada penyedia perkhidmatan pembayaran anda. Sesetengah pemindahan, biasanya melalui kad bank, dikreditkan serta-merta, sementara yang lain mungkin mengambil masa sehingga 3 hari..
Ingat bahawa undang-undang negara, dasar penyedia perkhidmatan pembayaran atau cuti tempatan mungkin melambatkan pemprosesan transaksi. Dalam 99% kes, sebarang kelewatan adalah di bahagian penyedia perkhidmatan pembayaran dan bukan Binomo.
Jangan risau jika dana anda tidak dikreditkan ke akaun anda walaupun selepas beberapa jam. Tunggu sekurang-kurangnya satu hari bekerja. Jika masalah masih berterusan, hubungi support@binomo.com untuk mengetahui sebab sebenar kelewatan itu.
























