Binomo menawarkan pelbagai bahan pendidikan, tutorial, dan alat untuk semua yang ingin membiasakan diri dengan dunia perdagangan. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan salah satu penunjuk popular yang boleh digunakan hampir di semua strategi perdagangan Binomo – Alligator.
Apa itu Alligator?
Alligator dibangunkan oleh Bill Williams, pakar psikologi pasaran. Ia adalah strategi berdasarkan idea bahawa pasaran kewangan dan stok individu hanya bergerak sebanyak 15% ke 30% ketika itu, dengan masa berbaki dihabiskan untuk mengisar pada julat sisi.
Ia berfungsi dengan menggunakan 3 Smoothed Moving Averages (SMMA) atau Purata Bergerak Terlicin. Ketiga-tiga purata bergerak ini lebih tepat menunjukkan perubahan pada dinamik pergerakan harga aset daripada satu SMA (Simple Moving Average atau Purata Bergerak Ringkas).
Ketiga-tiga purata bergerak adalah diperbuat daripada rahang, gigi, dan bibir buaya, pembukaan dan penutupan sebagai tindak balas kepada trend baru yang muncul dan julat perdagangan:
- Rahangya, diwakili oleh garisan biru, bermula pada SMMA dengan 13 bar dan dilicinkan dengan 8 bar pada nilai berturut-turut.
- Gigi diwakili oleh garis merah dan bermula di SMMA dengan 8 bar untuk melicinkan sebanyak 5.
- Dan garisan terakhir, berwarna hijau, adalah bibirnya. Garisan bermula pada SMMA dengan 5 bar dan dilicinkan dengan 3 bar pada nilai seterusnya.
Gambaran mental satu buaya makan, tidur dan bangun membuatkan Alligator satu alat analisis teknikal yang terbaik. Apabila mulut Alligator terbuka dan menghadap ke atas, ia menandakan keuntungan, manakala akan terdapat kerugian apabila mulut Alligator tertutup dan menghadap ke bawah. Buaya yang tidur menandakan trend yang lemah.
Anda boleh menggunakan penunjuk buaya untuk menetapkan had harga anda. Di Binomo, anda boleh menetapkan kedua-dua had ini dengan menggunakan dua penunjuk dinamik terletak di atas carta. Garisan-garisan ini berubah bergantung kepada aset yang anda dagangkan.
Penunjuk Alligator ialah penunjuk momentum dan pengesahan, dan mampu untuk membantu anda mengetahui arah pasaran semasa, bila trend berubah, dan bila untuk masuk ke dalam pasaran.
Jangka Masa Terbaik
Jangka masa ialah tempoh semasa carta itu dibentuk. Anda boleh mengubah jangka masa dengan klik pada ikon di bawah sudut kiri pada carta.
Titik masuk terbaik bagi stategi jangka pendek ialah apabila terdapat pergerakan ke atas yang menunjukkan seekor lembu jantan. Untuk membawa pendapatan tambahan, perdagangan perlu sentiasa diteruskan ketika lembu jantan sehingga ia mencapai tahap rintangan yang ketara.
Penunjuk Alligator boleh digunakan pada bila-bila tempoh masa. Tetapi jangka masa terbaik adalah dianggap pada carta membaca 5 minit di mana ianya berkesan bagi stategi jangka pendek dan panjang.
Cara kemasukan yang paling biasa di sini ialah menggunakan pemecahan garisan trend. Seperti strategi lain, ia adalah idea bagus untuk menggabungkan Alligator dengan isyarat lain untuk memastikan kemasukan anda.
Bagaimana untuk anda kuasai penunjuk Alligator di Binomo?
Menggunakan penunjuk Alligator di Binomo boleh mendapatkan faedah yang bermanfaat. Untuk menetapkannya, anda perlu mengikuti langkah-langkah ini:
- Cipta akaun Binomo sekiranya anda tidak mempunyainya.
- Klik pada alat dagangan yang terletak pada sisi kiri skrin anda apabila log masuk ke dalam sistem.
- Apabila senarai keluar, tatal ke bawah dan klik pada Alligator. Satu pop timbul akan muncul. Pop timbul ini mempunyai nilai SMMA: tempoh dan offset. Setiap SMMA mempunyai tetapannya. Pemula dinasihatkan untuk berlatih tetapan untuk memahami bagaimana penunjuk Alligator berfungsi.
- Pilih kombinasi warna yang sesuai dengan anda dan klik aplikasikan.
- Sekarang, anda boleh menggunakan penunjuk Alligator anda.
Untuk melihat cara penunjuk berfungsi, pedangang boleh berlatih menggunakan akaun demo. Akaun demo Binomo merupakan alat pembelajaran dan latihan percuma, dan pedagang bebas untuk meneroka pasaran antarabangsa tanpa perlu risau tentang kerugian kewangan.
Kesimpulan
Penunjuk Alligator ialah alat visual yang berguna digunakan oleh pedagang untuk mengenalpasti trend dan menentukan masa untuk masuk ke dagangan. Walaupun ia mempunyai utiliti yang terhad dalam tempoh yang bergelora dan tanpa had. Penunjuk ini boleh membantu pedagang menambah baik titik masuk dan keluar dalam pasaran yang huru hara.
Pedagang baru selalunya mencari stategi kemenangan di Binomo, mencari jalan terpendek untuk menjadi kaya. Sejujurnya perdagangan bukannya satu permainan yang boleh dimenangi. Satu-satunya cara untuk berada di tempat teratas adalah dengan belajar dan berlatih.
Sila ingat bahawa perdagangan sentiasa berisiko. Tiada strategi yang anda boleh bergantung 100%. Untuk meningkatkan kemahiran, belajar, baca artikel, dan tonton tutorial mengenai perdagangan di Binomo.











