Binomo adalah salah satu platform perdagangan paling popular di seluruh dunia, yang mempunyai lebih daripada 3 juta klien. Walau bagaimanapun, sesetengah pedagang mempunyai sebab tertentu untuk menutup akaun mereka. Dalam artikel ini, kita akan melihat dengan lebih terperinci tentang cara untuk memadam akaun Binomo dan adakah seseorang boleh membuka semula akaunnya dan kembali berdagang.
Bagaimanakah cara untuk menutup dan memadam akaun Binomo?
Para pedagang boleh menutup akaun mereka atas pelbagai sebab. Contohnya, sesetengah daripada mereka perlu membuka akaun Binomo yang baru kerana memilih mata wang yang salah, yang memerlukan penutupan akaun sedia ada.
Ini adalah langkah-langkah untuk memadam akaun Binomo anda:
- Klik pada gambar profil anda di sudut atas sebelah kanan.
- Pergi ke bahagian “Profile” (Profil).
- Tatal ke bahagian paling bawah halaman dan tap pada “Block Account” (Sekat Akaun).
- Masukkan kata laluan untuk akaun Binomo anda dan klik “Block Account” (Sekat Akaun) sekali lagi.
Ingat bahawa sebaik sahaja akaun anda ditutup, anda tidak lagi boleh mengaksesnya.
Nota! Pasukan sokongan Binomo menyelesaikan masalah mana-mana pedagang 24 jam sehari, jadi kami sarankan agar anda menghantar e-mel ke support@binomo.com sebelum membuat keputusan akhir untuk menutup akaun anda.
Adakah mungkin untuk membuka akaun Binomo yang baru?
Ya, anda sentiasa boleh membuka akaun Binomo yang baru selepas menutup akaun yang sebelumnya. Walau bagaimanapun, anda harus melalui proses pendaftaran sekali lagi dan menggunakan alamat e-mel yang berbeza. Membuka akaun Binomo yang baru dengan menggunakan e-mel yang pernah digunakan untuk akaun yang telah disekat adalah mustahil.
Bolehkah saya membuka semula akaun yang telah ditutup?
Ya, membuka semula akaun Binomo yang telah disekat boleh dilakukan. Anda akan menerima satu e-mel yang menawarkan untuk memulihkan akaun yang telah ditutup itu. Tetapi walaupun anda tidak menerima atau secara tidak sengaja memadam e-mel ini, anda boleh meminta pasukan sokongan untuk membuka semula akaun anda pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel ke support@binomo.com.
Mengapakah akaun Binomo saya disekat atau ditutup?
Binomo mungkin menutup akaun anda sekiranya anda melangar mana-mana peraturan platform. Sebagai contoh, anda berumur 18 ke bawah atau memiliki berbilang akaun serentak dalam satu masa. Untuk mengelakkan situasi ini berulang, anda harus membaca dengan teliti dan memahami terma dan syarat Perjanjian Pelanggan sebelum melengkapkan pendaftaran akaun yang baru.
Bilakah saya patut menutup dan memadam akaun saya?
Mata wang yang telah dipilih semasa membuka akaun tidak boleh ditukar. Sekiranya anda telah tersilap pilih atau, setelah beberapa tempoh, anda memutuskan untuk berdagang dengan mata wang yang lain, satu-satunya jalan penyelesaian adalah mencari tahu cara untuk memadam akaun Binomo anda yang sedia ada, memadam atau menutup akaun tersebut, dan membuka akaun yang baru.
Anda juga harus menutup akaun anda jika anda berumur di bawah 18 tahun atau telah melanggar peraturan perdagangan di Binomo. Berhati-hati untuk tidak mengulangi pelanggaran peraturan tersebut dalam akaun yang baru.
Adakah Binomo suatu penipuan?
Mari kita melihat kepada fakta untuk memastikan bahawa Binomo bukan penipuan. Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2014 dan telah digunakan oleh ramai pedagang di lebih daripada 130 buah negara. Anda boleh menemui banyak maklum balas yang positif tentang Binomo di media sosial dan forum seperti Quora dan LinkedIn.
Selain itu, syarikat ini telah menerima beberapa anugerah antarabangsa, termasuk FE dan IAIR, atas pencapaian sebagai platform perdagangan terbaik untuk pedagang pemula dan pedagang pro. Tambahan lagi, Binomo dikawal selia oleh Suruhanjaya Kewangan dan menerima sijil kualiti perdagangan daripada Verify My Trade, yang mengaudit 5,000 perdagangan di platform secara bulanan.
Anda tidak perlu memadam akaun anda sekiranya anda tiba-tiba terfikir yang Binomo adalah penipuan. Fakta menyatakan sebalikya.
Perdagangan sentiasa dikaitkan dengan risiko kerugian wang pelaburan, tetapi Binomo menyediakan semua alat untuk berlatih, yang diperlukan untuk mengurangkan risiko tersebut, seperti Pusat Bantuan dan pengurus sokongan yang boleh didapati 24 jam sehari untuk menyelesaikan sebarang kesukaran yang dihadapi.
Jadi, nikmatilah semua manfaat perdagangan di Binomo. Jika anda perlu berehat daripada melakukan perdagangan, anda tidak perlu memadam akaun anda untuk perkara ini. Kembali semula sebaik sahaja anda sudah bersedia untuk meredah dunia perdagangan sekali lagi.












