Cara untuk berdagang di Binomo secara dalam talian

how to trade on binomo Tutorials

Sebelum bercakap tentang perdagangan yang berkesan di Binomo dan peluang pelaburan, ianya penting untuk memahami bagaimana cara mengurangkan risiko kehilangan dana. Oleh itu, setiap pedagang perlu tahu cara platform perdagangan Binomo berfungsi, dari memilih aset hinggalah menyediakan carta.

Apa itu aset?

binomo trade assets
Aset ialah satu intrumen kewangan yang boleh digunakan untuk perdagangan secara langsung. Contoh aset termasuklah pasangan mata wang, indeks, komoditi, dan sekuriti ekuiti. Senarai aset lengkap yang tersedia untuk didagangkan di platform boleh dilihat pada akaun anda di sudut kiri bahagian atas bersebelahan dengan tulisan “Binomo”.

Bilangan aset yang tersedia untuk dagangan secara langsung bergantung kepada jenis akaun Binomo anda:

  • Standard – lebih daripada 40;
  • Gold – lebih daripada 60;
  • VIP – lebih daripada 70.

Harga aset sentiasa berubah bergantung kepada situasi pasaran. Tugas pedagang adalah untuk menganalisis dan meramal bagaimana harga sesuatu aset akan berubah pada masa tertentu.

binomo asset choice
Untuk memilih aset, sebagai contoh, pasangan mata wang EUR/USD, ikuti langkah ini:

  1. Klik pada aset di sudut kiri bahagian atas platform untuk melihat senarai aset yang tersedia.
  2. Pilih satu daripada aset tersebut untuk berdagang. Aset-aset yang tersedia untuk jenis akaun anda (Standard, Gold atau VIP) dibahagikan mengikut bahagian.

Sekiranya anda menggunakan platform versi laman web, anda boleh berdagang dengan beberapa aset dalam satu masa. Klik pada butang “+” di sebelah kiri bahagian aset. Aset yang anda pilih akan ditambah.

Nota! Sebahagian aset hanya tersedia pada hari-hari yang tertentu dalam seminggu.

Bagaimanakah cara untuk mula berdagang?

binomo demo
Mempunyai modal yang diperlukan merupakan salah satu langkah untuk mula berdagang di Binomo. Tetapi dana yang tersedia tidak cukup untuk menjamin keputusan yang positif. Adalah penting untuk memahami cara Binomo berfungsi, alat dagangan yang disediakan, dan cara untuk menggunakannya dengan berkesan.

Disebabkan itulah orang yang baru bermula perlu terlebih dahulu mencuba di akaun demo sebelum bergerak ke pelaburan yang sebenar dan dagangan di Binomo. Ia adalah persekitaran yang selamat dengan $10000 dana alam maya di mana anda boleh mempelajari cara untuk berdagang di platform. Pada masa yang sama, akaun demo membolehkan anda untuk menggunakan carta langsung untuk berdagang.

Nota! Binomo menyediakan servis dalam bahasa Hindi, Inggeris, dan lain-lain (kecuali Malayalam).

Bagaimanakah Binomo berfungsi?

binomo trading analysis
Platform pelaburan Binomo berada di India, Nigeria, dan lebih daripada 130 buah negara di seluruh dunia. Di sini, pedagang boleh melabur dan berdagang tanpa mengira pengalaman yang mereka ada, Terima kasih kepada sistem FTT (Fixed Time Trades) yang mudah dan jelas.

Mari kita lihat cara untuk melabur dan berdagang di Binomo:

  1. Pilih jenis akaun. Sebelum berdagang secara langsung, jangan lupa untuk tukar daripada akaun demo kepada akaun sebenar.
  2. Pilih satu aset daripada senarai yang tersedia pada jenis akaun anda. Peratus yang ditunjukkan di sebelah aset menentukan keuntungannya. Lagi tinggi peratusan tersebut, lagi banyak anda akan terima dari jumlah dagangan sekiranya ramalannya betul.
  3. Tentukan jumlah dagangan. Jumlah minimum dagangan adalah $1 atau bersamaan dengan mata wang di akaun anda. Jumlah maksimum dagangan adalah $1000. Cara yang paling selamat untuk pemula memulakan dagangan di Binomo ialah dengan pelaburan yang kecil untuk menguji pasaran dan dapatkan keselesaan.
  4. Pilih tempoh tamat dagangan. Ia adalah masa untuk dagangan berakhir. Pada bahagian “Masa”, anda boleh tentukan masa yang terbaik untuk dagangan anda daripada 1 hingga 60 minit. Pada kolum kanan, anda boleh melihat tempoh 1 minit; di kolum kiri, anda boleh melihat tempoh 15 minit.
  5. Buat ramalan. Buat analisis pergerakan harga aset pada carta dan buat ramalan anda sama ada ia akan meningkat atau menurun. Klik pada butang hijau sekiranya anda pasti harga aset akan meningkat atau pada butang merah sekiranya anda pasti ianya akan menurun.

Sekiranya ramalan anda tepat, anda akan memperoleh pendapatan tambahan daripada dagangan tersebut (jumlah yang dilaburkan dan peratusan daripadanya). Ataupun, anda akan kehilangan pelaburan anda.

Nota! Keuntungan dagangan bergantung pada jenis akaun Binomo: sehingga 85% bagi Standard, sehingga 90% untuk Gold/VIP.

Masa terbaik untuk berdagang

binomo trade best time
Berdagang pada waktu siang adalah sempurna untuk anda sekiranya anda mempelajari cara untuk mengawal modal anda, mengenalpasti trend, dan bertindak balas secara serta-merta kepada perubahan keadaan pasaran.

Pada waktu malam, pasaran adalah tenang, jadi bagi pemula, ia adalah waktu terbaik untuk berdagang. Strategi yang dipilih juga mempengaruhi waktu berdagang. Sebagai contoh, strategi “saluran Malam” boleh bekerja pada waktu malam, tetapi ia akan membawa kerugian pada siang hari.

Sejarah perdagangan

binomo trade histoty
Platform Binomo membolehkan anda untuk menjejaki aktiviti perdagangan anda. Anda boleh mencari informasi tentang perdagangan yang lengkap pada bahagian “Dagangan”. Sejarah perdagangan tersedia pada versi laman web Binomo dan aplikasi mudah alih.

Untuk melihat sejarah pembukaan dan penutupan dagangan, ikuti langkah ini:

  • Pada versi web, pilih ikon jam dan klik pada dagangan pilihan.
  • Pada aplikasi mudah alih, buka menu dan pilih bahagian “Perdagangan”.
  • Pada versi aplikasi Android yang baharu, tekan pada ikon jam di bar menu pada bahagian bawah.

Sejarah perdagangan merupakan alat yang berguna untuk membantu anda jejak dan analisis perjalanan perdagangan anda. Semua ini pada akhirnya akan meningkatkan kemahiran dagangan anda.

Adakah terdapat perisian dagangan?

binomo app trade
Anda boleh berdagang dengan santai pada PC anda di platform Binomo di rumah ataupun menggunakan aplikasi mudah alih untuk melabur dan berdagang pada bila-bila masa. Perisian mudah alih sama sekali tidak kalah dengan versi web di platform, di mana ianya tersedia di mana sahaja walaupun tiada talian Internet.

Nota! Anda boleh muat turun aplikasi mudah alih di laman web rasmi www.binomo.com menggunakan kod QR atau di gedung aplikasi Google atau Apple.

Baca carta

binomo chart
Carta memaparkan perubahan pada harga aset pada masa sebenar; oleh itu, ia merupakan alat perdagangan yang penting bagi pedagang. Platform tersebut mempunyai empat jenis carta: Bar, Lilin, Garisan, dan Bukit. Anda perlu memilih satu jenis carta yang membolehkan anda untuk menganalisis pasaran, melabur dan berdagang pada masa sebenar dengan efektif.

Mari lihat cara untuk mengubah suai carta mengikut kehendak anda:

  • Klik pada ikon carta di sudut kiri bahagian bawah platform dan pilih jenis carta. Biasanya, carta Lilin merupakan yang paling berinformasi dan berguna.
  • Klik pada ikon masa dan tetapkan jangka masa, yang memaparkan frekuensi perubahan harga pada aset.
  • Laraskan skala carta dengan menekan butang “+” dan “-“ atau menatal tetikus. Sekiranya anda menggunakan aplikasi mudah alih, zum masuk dan keluar pada carta menggunakan jari anda.

Nota! Anda boleh memilih jenis carta, jangka masa, dan penunjuk dalam versi aplikasi Android yang baharu pada panel di bahagian atas carta.

Gunakan penunjuk

binomo trading tools
Penunjuk merupakan alat perdagangan lain yang berguna untuk menganalisis carta. Ia memaparkan dengan jelas cara pasaran dan harga aset berubah. Penunjuk berfungsi dengan baik bersama strategi untuk membantu pedagang melakukan ramalan tepat.

Terdapat pelbagai penunjuk di platform perdagangan Binomo: RSI, Purata Bergerak, Bollinger Bands, dan lain-lain. Anda hanya perlu memilih mana-mana penunjuk yang terbaik untuk tujuan anda.

Pertimbangkan cara untuk menyediakan penunjuk di Binomo:

  • Klik pada ikon “Alat Perdagangan” pada sudut kiri bahagian bawah platform.
  • Klik pada penunjuk yang anda perlukan.
  • Ubah suainya mengikut kehendak anda dan klik “Apply” (Terapkan).

Anda boleh lihat semua penunjuk yang aktif pada bahagian atas senarai. Sekiranya anda menggunakan aplikasi mudah alih, ianya akan dipaparkan pada tab “Indicator” (Penunjuk).

Walaupun terdapat pelbagai instrumen perdagangan dan akaun demo untuk latihan, adalah penting untuk diingat bahawa perdagangan selalunya mempunyai risiko untuk kehilangan dana. Dengan hanya menambah baik kemahiran berdagang anda dan kebolehan untuk menggunakan strategi dan fungsi pada platform dengan betul boleh mengurangkan risiko ini.

Soalan Lazim (FAQ)

binomo faq
Di bawah ini merupakan soalan yang selalu ditanya yang boleh membantu anda memahami cara untuk berdagang di platform Binomo.

Bolehkah saya tutup dagangan sebelum tamat tempoh?

Platform Binomo menggunakan mekanisma FTT, jadi anda tidak boleh menutup dagangan sebelum tamat tempoh. Sebagai contoh, sekiranya anda memilih 17:30 sebagai masa tamat anda, dagangan akan ditutup tepat pada 17:30. Anda tidak boleh mengubah masa tamat dagangan.

Bagaimanakah cara untuk menukar daripada akaun demo ke akaun sebenar?

binomo real account
Anda boleh menukar daripada akaun demo kepada yang sebenar pada bila-bila masa mengikut langkah-langkah ini:

  1. Cari jenis akaun anda pada sudut atas papan pemuka Binomo anda dan klik padanya.
  2. Pilih “Akaun Sebenar” pada menu lungsur turun.
  3. Tunggu satu notifikasi yang menyatakan bahawa anda sekarang menggunakan akaun sebenar.

Anda akan boleh memulakan perdagangan dengan dana sebenar selepas menukar daripada akaun demo kepada yang sebenar.

Bagaimanakah cara untuk menjadi cekap dalam perdagangan?

binomo tutorial
Untuk berdagang dengan efektif, memanfaatkan setiap peluang adalah penting. Ia akan membenarkan anda untuk meramal pergerakan harga aset dengan tepat, sekaligus membawa kepada pendapatan tambahan.

Di bawah merupakan beberapa tips untuk membantu anda memperbaiki kecekapan dagangan anda:

  • Teroka platform terlebih dahulu sebelum memulakan pengembaraan perdagangan yang sebenar. Anda boleh menggunakan akaun demo untuk membiasakan diri dengan pelbagai alat dan strategi yang tersedia di Binomo. Anda juga boleh menyertai kejohanan “Daily Free” secara percuma untuk menguji potensi anda dengan pedagang yang sebenar.
  • Pilih aset yang biasa untuk perdagangan. Sekiranya anda tidak tahu aset apa yang popular, mulakan dengan mengkajinya. Beri perhatian pada satu aset dan cuba untuk ramal bagaimana harga aset akan berubah.
  • Uji pasaran dengan mendepositkan jumlah yang kecil. Pada platform perdagangan Binomo, anda boleh membuka dagangan serendah $1. Anda boleh meningkatkan jumlah dagangan apabila anda berasa yakin dengan kemahiran dagangan anda.
  • Belajar strategi, teknik, dan mekanisma baharu dalam perdagangan. Melakukannya akan membantu anda membuat keputusan dagangan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, anda boleh mencari satu bahagian strategi yang cemerlang pada platform Binomo yang menerangkan cara untuk menggunakannya langkah demi langkah.

Apakah maksud masa yang tinggal?

binomo time remaining
Masa yang tinggal adalah baki masa yang ada untuk pedagang membuka dagangan dengan masa tamat yang dipilih. Pada perisian mudah alih, ianya dipanggil “Masa untuk beli”. Ianya ditanda dengan garisan menegak berwarna merah pada carta dan dipaparkan di atasnya (pada versi web).

Masa yang tinggal bergantung kepada masa tamat yang ditetapkan. Apabila anda menukar masa tamat, masa yang tinggal juga akan berubah.

Mengapakah sesetengah aset tidak tersedia untuk saya?

Tidak boleh melihat sebahagian aset dalam akaun Binomo anda adalah disebabkan oleh dua sebab:

  1. Status akaun anda. Sesetengah aset yang tersedia hanya untuk pemilik sesetengah akaun. Sebagai contoh, sekiranya anda pemegang akaun Standard, anda mungkin tidak boleh mengakses sesetengah aset yang hanya tersedia untuk pemegang akaun Emas atau VIP.
  2. Kesediaan aset. Sesetengah aset hanya tersedia pada hari-hari tertentu dalam seminggu.

Apakah tempoh masa?

binomo time frame
Ia adalah tempoh di mana carta dibentuk. Dalam versi web dan aplikasi mudah alih, anda boleh mengubah tempoh masa dengan mengklik pada ikon di sudut kiri bahagian bawah carta. Pada versi aplikasi Android yang baru, fungsi ini akan terletak pada panel di bahagian atas carta.

Ambil perhatian bahawa tempoh masa boleh berbeza mengikut jenis carta:

  • Bagi carta bar dan lilin, tempoh minimum yang dibenarkan ialah 5 saat, manakala maksimum ialah 30 hari.
  • Bagi carta garisan dan bukit, tempoh minimum dibenarkan ialah 1 saat, manakala maksimum ialah 30 hari.

Tempoh masa yang anda tetapkan bagi setiap carta akan menentukan berapa bilangan perubahan harga dipaparkan pada carta. Dengan penambahan tempoh masa, trend utama pergerakan harga akan menjadi ketara, dengan penurunan – semasa, trend tempatan.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment