Adakah Binomo benar-benar selamat ataupun tidak

binomo real or fake Blog

Ramai pengguna mempunyai persoalan sama ada Binomo benar-benar selamat ataupun tidak, halal atau haram. Kami akan memberikan jawapan kepada anda dan membuktikan platform ini layak mendapat kepercayaan anda.

Kriteria untuk memahami Binomo adalah satu helah penipuan ataupun sah di sisi undang-undang

binomo review
Walaupun Binomo adalah satu jenis pasaran yang kuat dan salah satu platform perdagangan yang popular di hampir 130 buah negara, pemula masih was-was tentang kebolehpercayaan platform ini. Di forum dan sosial media, anda boleh menemui persoalan tentang Binomo, sama ada ia selamat ataupun tidak.

Persoalan juga timbul tentang sama ada platform perdagangan Binomo sah di sisi undang-undang dan selamat di India, Nigeria atau negara-negara lain. Mari kita lihat dengan lebih dekat.

Adakah syarikat ini ‘scammer’ ataupun syarikat sebenar?

Pedagang berpengalaman sering memberi perhatian kepada alamat fizikal sesebuah syarikat yang memiliki platform ini. Syarikat sebenar tidak akan menyembunyikan lokasi mereka. Binomo adalah sebuah platform sah yang dimiliki oleh Dolphin Corp LLC. Syarikat ini telah didaftarkan secara rasmi di St.Vincent dan Kepulauan Grenadine dan tertakluk kepada undang-undang negara itu.

Nota! Jika anda mempunyai sebarang aduan ataupun cadangan tentang fungsi platform ini, anda boleh e-melkan ke support@binomo.com.

Syarikat ini dikenali dan boleh dipercayai

binomo is illegal
Andaikan anda tidak boleh mengesahkan sama ada syarikat ini diasaskan di St.Vincent dan Kepulauan Grenadine secara nyata seperti yang dikatakan di dalam laman web Binomo ataupun merasa was-was. Dalam hal ini, anda boleh menyemak maklumat ini menggunakan cara lain.

Pertama, internet membolehkan anda untuk membuat kesahan sebuah maklumat mengguna pelbagai perkhidmatan seperti “Google Maps”. Kedua, organisasi lain seperti Suruhanjaya Kewangan, mengesahkan kewujudan syarikat dengan menjamin bayaran pampasan untuk pedagang jika berlaku pertikaian dengan Binomo.

Tempoh syarikat beroperasi

Binomo ialah sebuah tempat selamat untuk pelaburan dan perdagangan anda. Ini disahkan melalui tempoh syarikat beroperasi di dalam pasaran. Selama lebih daripada 7 tahun, Binomo telah menyediakan perkhidmatan kepada pedagang-pedagang dan memperbaiki kegunaannya setiap tahun. Jadi, Binomo bukanlah penipu, ia telah mendapat kepercayaan daripada pengguna selama bertahun-tahun.

Apa itu Binomo?

binomo platform
Binomo merupakan sebuah platform perdagangan moden dengan jutaan pedagang di seluruh dunia. Ia boleh diakses melalui laman web dan aplikasi. Dengan cara ini, perdagangan menjadi mudah. Binomo mengetahui betapa pentingnya kualiti sesebuah platform untuk perdagangan yang efektif. Disebabkan oleh hal yang demikian, Binomo memberikan perhatian yang penuh untuk melatih mereka yang mahu memulakan perdagangan dengan memberikan mereka bahan pendidikan secara percuma. Binomo juga tidak melupakan pedagang berpengalaman dengan menawarkan cadangan dagangan yang unik dan banyak faedah yang berbeza.

Latihan perdagangan percuma

Jika anda tertanya-tanya seberapa selamatkah untuk berdagang di platform Binomo, maka anda mempunyai dua cara untuk mengetahuinya:

  1. Baca pendapat pengguna di forum-forum tematik dan rangkaian sosial seperti “Quora” atau “Facebook”.
  2. Melakukan semakan sendiri di platform Binomo.

Pada mulanya, anda akan terbelenggu dengan pendapat seseorang tentang Binomo, yang baik mahupun buruk. Tetapi selepas itu, anda boleh mempelajari cara untuk berdagang di Binomo secara percuma menggunakan akaun demo. Disini anda menggunakan carta sebenar dan aset untuk berdagang. Nilai mata wang secara maya adalah satu-satunya perbezaan antara akaun demo dan akaun sebenar. Ini adalah peluang keemasan untuk belajar seberapa selamatkah untuk berdagang di Binomo.

Sijil

Tambahan pula, untuk dikawal selia oleh Suruhanjaya Kewangan, Binomo dengan sukarela diaudit oleh “Verify My Trade” yang menyemak kualiti daripada 5,000 perdagangan yang dibuat oleh pengguna-pengguna platform setiap bulan. Sijil VMT ini mengesahkan perdagangan yang berkualiti tinggi dan telah membuktikan bahawa Binomo bukanlah palsu atau penipuan.

Nota! Sebagai tambahan, kebolehpercayaan Binomo telah dibuktikan dengan penerimaan anugerah dan hadiah-hadiah antarabangsa seperti Anugerah FE dan Anugerah IAIR.

Adakah Binomo broker palsu?

binomo legit
Platform pelaburan Binomo tidak sempurna, tetapi ia boleh dipercayai dan selamat. Sudah tentu, pedagang berhadapan dengan isu tertentu seperti masalah pengeluaran dana yang berlanjutan atau penyekatan akaun. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan dengan membuat aduan.

Perkara yang patut dipertimbangkan juga adalah platform Binomo menyediakan perkhidmatan secara sah di banyak negara. Platform ini mempunyai terma dan syarat yang patut dipatuhi. Oleh yang demikian, membaca Perjanjian Pelanggan di peringkat pendaftaran adalah amat penting. Ia mengandungi butiran cara untuk menggunakan Binomo secara efektif dan tanpa melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Kesimpulan tentang kesahihan Binomo

Binomo adalah sebuah tempat yang bagus untuk semua peringkat pedagang, pemula mahupun berpengalaman. Platform ini bukan sahaja mempunyai kebolehpercayaan dan keselamatan selama bertahun-tahun, malah juga mempunyai sijil dan anugerah-anugerah. Berjuta-juta pengguna mempercayai Binomo dengan berdagang di platform ini. Justeru, persoalan tentang sama ada Binomo adalah penipu ataupun tidak telah terjawab.

Rate article
Binomo traders club
Add a comment